Lapan tahun bergelar isteri, penyampai radio, Linda Onn mendedahkan pernah rasa 'insecure' terhadap suaminya, Ungku Azhar Ungku Maznan pada awal perkahwinan mereka. Memetik laporan Media Hiburan, dia berpendapat bahawa kurangnya keyakinan pada diri sendiri itu mungkin berkait rapat dengan tahap kematangan diri seseorang. "Waktu mula-mula kahwin dulu, bila suami cakap dia nak pergi Johor untuk urusan kerja saya selalu ada rasa 'insecure' dengan dia.
"Sampai fikir dia buat apa kat Johor, entah-entah dia sewa hotel dekat sana dengan perempuan lain. "Saya tak tipu, perasaan itu memang pernah ada dan terjadi di awal perkahwinan. Sampai satu tahap, saya buat panggilan video tanya dia buat apa, ada dekat mana sedangkan dia bukan orang yang seperti itu," katanya. Jelas Linda, perkara itu terjadi disebabkan Linda pernah mengalami masalah kepercayaan dengan pasangan terdahulu. "Ya, memang betul perasaan seperti ini wujud sebab saya pernah mengalami situasi masalah kepercayaan dengan pasangan sebelum ini.
"Hal ini berlaku dalam hubungan terdahulu saya sewaktu berkenalan dengan seseorang dulu di mana dia tak percaya saya dan saya pun tak percaya dia. "Sebenarnya, saya seorang yang jujur. Dia pun jujur tapi tak tahu lah, sebab itu saya cakap benda ini berkait dengan kematangan seseorang," katanya. Terdahulu, pemilik nama sebenar Rozlindah Onn mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor pada 27 Disember 2013. Pasangan itu ini dikurniakan seorang cahaya mata. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|