CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 13

Linda Onn Dedah Pernah Rasa 'Insecure' Pada Awal Perkahwinan Sampai 'Video Call' Tanya Suami Buat Apa

[Copy link]
Post time 27-6-2022 05:26 PM | Show all posts |Read mode



Lapan tahun bergelar isteri, penyampai radio, Linda Onn mendedahkan pernah rasa 'insecure' terhadap suaminya, Ungku Azhar Ungku Maznan pada awal perkahwinan mereka.



Memetik laporan Media Hiburan, dia berpendapat bahawa kurangnya keyakinan pada diri sendiri itu mungkin berkait rapat dengan tahap kematangan diri seseorang.



"Waktu mula-mula kahwin dulu, bila suami cakap dia nak pergi Johor untuk urusan kerja saya selalu ada rasa 'insecure' dengan dia.



  



"Sampai fikir dia buat apa kat Johor, entah-entah dia sewa hotel dekat sana dengan perempuan lain.



"Saya tak tipu, perasaan itu memang pernah ada dan terjadi di awal perkahwinan. Sampai satu tahap, saya buat panggilan video tanya dia buat apa, ada dekat mana sedangkan dia bukan  orang yang seperti itu," katanya.



Jelas Linda, perkara itu terjadi disebabkan Linda pernah mengalami masalah kepercayaan dengan pasangan terdahulu.



"Ya, memang betul perasaan seperti ini wujud sebab saya pernah mengalami situasi masalah kepercayaan dengan pasangan sebelum ini.



  



"Hal ini berlaku dalam hubungan terdahulu saya sewaktu berkenalan  dengan seseorang dulu di mana dia tak percaya saya dan saya pun tak percaya dia.



"Sebenarnya, saya seorang yang jujur. Dia pun jujur tapi tak tahu lah, sebab itu saya cakap benda ini berkait dengan kematangan seseorang," katanya.



Terdahulu, pemilik nama sebenar Rozlindah Onn mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor pada 27 Disember 2013. Pasangan itu ini dikurniakan seorang cahaya mata. -CARI


  













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 08:38 PM | Show all posts
amboiii karangan dalam IG... kemain memuji2 bekas jagong yach....
walauponnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rempitnya ayat dlm caption LO ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kerempitans kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila punya kenangan ni?
Acik remilah begum ada kat Malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:55 AM | Show all posts
gambar no 3 tu mcm pernah tgk la muka laki heols..sedara mara ke apa hahaha. kenapa caption ig sheols mcm errr very the village
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 11:32 AM | Show all posts
ada penampakan edika yusof kat situ..honestly nak kabo dia ni lelaki yg tabah ye..untung bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini 1st ker atau 2nd hasben? X pasti sbb ingat dulu dia kahwin dgn foreigner kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols sukaaa dengar suaraa diaa.. Btw diaa niee bkn ke dolu2 pernah ada hubungan dengan fahrin?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt zmn ngn FA... Tersgtla bersongehan she olls ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:55 AM | Show all posts
dia nih dulu berlagak..zaman tgh fames dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 28-6-2022 11:51 AM
Ini 1st ker atau 2nd hasben? X pasti sbb ingat dulu dia kahwin dgn foreigner kan

Haaa samaa! Why la acik asyik ingat dia kawin dgn omputeh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:15 AM | Show all posts
Rasa macam kat Makkah pulak. Niat je dapat. Tadi niat nak tengok Agong dekat2, pun dapat. Salam pun dapat. Best Agong ni, setiap kali salam dgn orang, baginda beri salam.



Maksum bebenor ka si Jagong tu Linda oiii.... Peghak nyaaa...


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:52 AM | Show all posts
Waktu mula-mula kahwin dulu, bila suami cakap dia nak pergi Johor untuk urusan kerja saya selalu ada rasa 'insecure' dengan dia.


Insecure ni biasenye on oneself. Means ko rase insecure dengan diri ko. And that leads to tak percaya pada husband. Kite x boleh rase insecure untuk org lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.156099 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list