CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Rapat Dan Manja Di Set Supaya Pelakon Lelaki Selesa Dengannya

27-6-2022 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8527| Komen: 74

Ruhainies, 29, selesa bersikap manja dan sangat mesra di lokasi penggambaran bersama rakan pelakon lelaki yang bergandingan dengannya untuk mewujudkan keserasian.


Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ditemui berkata penting untuk dia menjalin hubungan mesra, baik dan rapat dengan rakan pelakon lelaki yang menjadi pasangannya untuk melancarkan kerjasama mereka.

Foto: IG


"Ketika di lokasi penggambaran, saya tidak hanya rapat dan mesra dengan pelakon lelaki yang menjadi pasangan saya saja. Sebenarnya, saya baik, rapat dan mesra dengan semua pelakon lelaki dan juga perempuan. Termasuk, dengan kru produksi.


"Pada saya, apabila saya datang ke set penggambaran, saya nak semua orang 'happy'. Kalau 'mood' saya sendiri tak okey, nanti semua orang mesti tak okey juga. Nanti, seluruh set akan jadi 'sendu' dan saya tak nak macam itu.

"Saya nak orang 'happy' walaupun diri saya tidak sihat. Biasanya, saya akan pastikan makan ubat tahan sakit atau apa saja yang sesuai dulu untuk bagi saya bertenaga semula. Sebabnya, saya tak nak 'effect' orang lain di set, kalau sakit," katanya kepada Harian Metro.



Terbaharu, Ruhainies kini terbabit dengan penggambaran drama Sorry Naik Lori bergenre komedi sebagai watak Nadia yang begitu terpengaruh dengan media sosial. Drama ini juga adalah siri original iQIYI Malaysia.

Berbicara lanjut mengenai sikap positif dirinya itu, Ruhainies berkata dia memang manja dengan semua orang. Tegasnya, sama ada  pelakon lelaki dan perempuan, pendekatan dilakukan tetap sama bagi memudahkan kami membentuk keserasian sewaktu bekerjasama.




"Saya memang nak orang mudah rasa selesa dengan saya. Tak mahulah orang rasa janggal atau orang takut-takut dengan kita. Saya tak nak situasi yang sebegitu ketika bekerja," katanya.

Ruhainies berkata dengan aura positif dan ceria dibawanya dalam diri juga membuatkan dia kelihatan 'awet muda'. Katanya, sekarang kalau orang tanya berkaitan perkahwinan pun boleh ditepis lagi.



Sebelum ini, Ruhainies pernah mencetuskan gosip sensasi bersama pelakon Zul Ariffin berikutan hubungan mesra dan rapat mereka ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah pada Mac lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 27-6-2022 04:28 PM
Lama tak dengar khabar si kemut ni. Ni Baru ada, tapi kisahnya tak lain tak bukan, pasal lelaki/jejantz..
Quote cikatilia 27-6-2022 04:41 PM
masih dgn cerita jejantans xsudah2
Quote azie5zoe 27-6-2022 04:45 PM
Tu bukan manja dik, tu namanya gedix.
Quote nakkomenjugak 27-6-2022 05:32 PM
puhlezzzzz la kemut
Quote slyfynx 27-6-2022 05:37 PM
Because you are cheap, plain and simple.
Quote akuHavocczz 27-6-2022 05:42 PM
sewel nya lah pelakon pelakon yang keluar statement garit macam ni
Quote asfaz 27-6-2022 06:44 PM
azie5zoe replied at 27-6-2022 04:45 PM
Tu bukan manja dik, tu namanya gedix.

Nama lain menggeletis
Quote asfaz 27-6-2022 06:45 PM
Ai tunggu laharan @Kurex
Quote auntyonion 27-6-2022 06:49 PM
@Kurex masukkkkkk
Quote CurangLagi 27-6-2022 06:53 PM
kemut dan ja tan berpisah tiadaaaa. hahahaha.. okay tunggu @Kurex juga ni.. hahhahaa
Quote selipar_hijau 27-6-2022 08:51 PM
Mana @Kurex sila hadirrrr memberi sepatah dua kata
Quote Cokoro 27-6-2022 08:53 PM
Ni gelenyar namanya
Quote Kakopi 27-6-2022 09:10 PM
???????????? Ok dik..
akak suka dengan keyakinan ko..
walaupunnnn????????????????
Quote Geeayden 27-6-2022 09:33 PM
Kalau dgn suami orang pun nak bermanja ke, nak dptkan chemistry teruk benar tu
Quote missyL 28-6-2022 02:56 AM
Jgn la jual murah sgt dik
Quote Wowlela 28-6-2022 04:23 AM
Ah bimbo ni. Sidai tepi je la
Quote adeqbun 28-6-2022 08:27 AM
dgn watak mak2 xde lak ko nak manje mcm ni..ngan hero je kan...nmpk sgt.....
Quote bulalof 28-6-2022 09:11 AM
wow....very the cheapo!
Quote wirazam 28-6-2022 09:12 AM
Kejap nampak ok..kejap mcm byk bedak  lak

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073998 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top