Gugur air mata jantan Fizo Omar semasa menyambut kelahiran anak keduanya pada 25 Jun baru-baru ini. Kata Fizo dia tak sanggup melihat isteri tercinta, Fazeeera menanggung sakit ketika proses melahirkan.
“Gugur air mata jantan. Gangster macam mana pun si suami dan ayah. Isteri saya di masukkan ke wad bersalin pada pukul 3 petang pada 24 Jun lalu dan hampir 10 jam bersedia untuk melahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal. Nasib baik buat keputusan yang tepat untuk mengambil bius epidural. “Kalau tak, saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin. Sepuluh jam, bukan sekejap dan hampir 3 jam meneran sampailah bayi keluar.
“Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,”katanya menerusi Instagram.
Tambah pelakon ini, sekali lagi dia menangis apabila menatap muka anaknya. “Menggigil tangan ini bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat anak. Perasaan saya macam… okey, ini adalah momennya. Awak akan memulakan hidup sebenar awak selepas keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“Masa saya potong tali pusat itu, wujudnya satu bisikan,’ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang’. Sebab, datangnya seorang bayi bukan sahaja untuk kita raikan kegembiraan. “Tetapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dari sebelum ini." Sementara itu Fizo sempat memberi pesanan kepada suami di luar sana untuk temankan isteri semasa saat melahirkan.
“Ambillah momen ini bukan sahaja untuk cuma berada di sisi isteri, tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Adakalanya, menerusi pengalaman kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah SWT buat kita semua yang bergelar ayah dan suami.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami." Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|