Siapa yang tidak kenal penyanyi rap Malaysia iaitu MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin? MK seorang penyanyi rap yang terkenal dengan imej 'bad boy'. Populariti MK memang tidak dapat disangkal lagi terutamanya di kalangan peminat perempuan. Baru-baru ini, ramai peminat MK yang 'patah hati' apabila penyanyi itu tampil bersama teman wanitanya di tempat awam.
Terbaru ini, kakak MK iaitu Wawa telah memuatnaik video MK di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan MK dan kakanya baru sahaja pulang ke kampungnya halaman mereka di Sabah selepas mendapat berita bahawa ibu mereka berada dalam keadaan kurang sihat.
Video itu memaparkan MK sedang mengaji bersama-sama ibunya. Ramai peminat juga kelihatan begitu teruja mendengar MK mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang kedengaran begitu lancar. Bukan itu sahaja, MK juga turut mengimamkan solat jemaah bersama keluarganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat sangat terkejut bahawa MK mempunyai kebolehan untuk mengaji dengan suara yang begitu merdu. Siapa sangka lelaki yang dikatakan 'bad boy' mampu menjadi mengaji dan menjadi imam solat? -CARI