CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Suka Makan, Katak Semakin Pupus!

27-6-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1187| Komen: 3

PARIS – Aktivis-aktivis hidupan liar memberi amaran bahawa selera eksotik rakyat Eropah yang gemar makan kaki katak menyebabkan populasi amfibia berkenaan  di Benua Asia dan rantau Eropah Timur diancam kepupusan, lapor laman berita Wionews.


Kaki katak  adalah hidangan istimewa yang popular di Perancis tetapi negara-negara  Eropah lain turut menyukai makanan itu. Kaki katak biasanya dimasak bersama daun pasli, bawang putih dan mentega.


Foto: Google

Menurut pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan Jerman, Pro Wildlife dan badan bukan kerajaan (NGO)  Perancis, Robin des Bois, anggota badan daripada 200 juta ekor katak diimport ke negara-negara  blok Eropah setiap tahun atau bersamaan 4,070 tan kaki katak.


Menurut data tersebut, Jerman membelanjakan AS$89 juta (RM394 juta)  untuk import katak pada  tahun 2020, iaitu dua kali ganda lebih besar berbanding Perancis.

Sementara itu, Perancis mengimport katak bernilai AS$40 juta (RM176 juta)  pada tahun yang sama.

Perkembangan itu menyaksikan Eropah muncul sebagai peminat terbesar kaki katak di dunia terutamanya spesies katak berbadan besar seperti katak Asia Timur dan katak pemakan ketam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-6-2022 11:34 AM
smlm tgk lakorn dia mkn katak..tp yg kg punya la..sbb heroin tu mcm org bandar..dia geli xmo mknn
Quote _blackbird 27-6-2022 11:53 AM
daging katak halus dan manis mcm ayam
Quote sharlenetexas 27-6-2022 11:54 AM
Tak serik2 dgn covid ke?

Covid tersenyum sinis. Monkey melambai2.


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.351731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top