CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 3

Makin Ramai Suka Makan, Katak Semakin Pupus!

[Copy link]
Post time 27-6-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode
PARIS – Aktivis-aktivis hidupan liar memberi amaran bahawa selera eksotik rakyat Eropah yang gemar makan kaki katak menyebabkan populasi amfibia berkenaan  di Benua Asia dan rantau Eropah Timur diancam kepupusan, lapor laman berita Wionews.


Kaki katak  adalah hidangan istimewa yang popular di Perancis tetapi negara-negara  Eropah lain turut menyukai makanan itu. Kaki katak biasanya dimasak bersama daun pasli, bawang putih dan mentega.




Foto: Google




Menurut pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan Jerman, Pro Wildlife dan badan bukan kerajaan (NGO)  Perancis, Robin des Bois, anggota badan daripada 200 juta ekor katak diimport ke negara-negara  blok Eropah setiap tahun atau bersamaan 4,070 tan kaki katak.


Menurut data tersebut, Jerman membelanjakan AS$89 juta (RM394 juta)  untuk import katak pada  tahun 2020, iaitu dua kali ganda lebih besar berbanding Perancis.


Sementara itu, Perancis mengimport katak bernilai AS$40 juta (RM176 juta)  pada tahun yang sama.


Perkembangan itu menyaksikan Eropah muncul sebagai peminat terbesar kaki katak di dunia terutamanya spesies katak berbadan besar seperti katak Asia Timur dan katak pemakan ketam. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
smlm tgk lakorn dia mkn katak..tp yg kg punya la..sbb heroin tu mcm org bandar..dia geli xmo mknn
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:53 AM | Show all posts
daging katak halus dan manis mcm ayam
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik2 dgn covid ke?

Covid tersenyum sinis. Monkey melambai2.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.297977 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list