CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yah Kuchai 'Mati' Lepas Mamat Khalid Meninggal, Afea Deanna Tak Akan Lakon Watak Itu Lagi

27-6-2022 10:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3044| Komen: 9|Original author: Tatod


Watak Yah Kuchai dilakonkan Afea Deanna Baharudean yang diperkenalkan oleh Allahyarham Mamat Khalid menerusi nakshah arahannya itu mendapat perhatian selepas tular dengan dialog 'mi kari kuah laksa'. 

Karakter yang memiliki keunikan tersendiri itu sekali lagi tampil menerusi telefilem 18 Puasa. Pun begitu, selepas pemergian arwah, Afea menyifatkan Yah Kuchai juga sudah 'terkubur' bersama pengarah itu.

Memetik laporan mStar, seandainya sekali lagi ditawarkan untuk membawakan watak Yah Kuchai, Afea tetap dengan pendiriannya akan menolak tawaran tersebut. Baginya, hanya Mamat Khalid sahaja yang memahami watak berkenaan kerana arwahlah yang membawa nama tersebut ke persada seni.



"Terus-terang saya boleh katakan Yah Kuchai telah pun mati dalam naskhah terakhir... kemunculan saya sama seperti watak-watak lain seperti Husin yang Uncle Mamat kenalkan.

"Malah, hampir semua karakter yang diperkenalkan oleh arwah seperti Yah Kuchai hanya arwah saja yang betul-betul faham keperluan dalam naskhah beliau.

"Takkan ada lagi pengarah lain yang mampu cari personaliti menggantikan Yah Kuchai," katanya.


Kata Afea, karakter Yah Kuchai hanya eksklusif kepada naskhah arwah Mamat Khalid. Warisnya, Mohd Khalid Amen juga dilihat tidak mampu menyambung legasi peranan Yah Kuchai dalam naskhah selepas ini.

"Hanya arwah saja yang betul-betul mengerti watak Yah Kuchai," katanya lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 27-6-2022 11:58 AM
Tp akan berlakon la watak org lain kot, dia pun mcm lama takde kemunculan sejak last masa raya tahun lepas.
Ingat ada isu ke apa dgn arwah, takpela awak pun bakalan jd ticer kan tak lama lagi.
Quote zarulnazmi 27-6-2022 03:37 PM
sampai sekarang saya masih teringat babak dia berguling panaskan katil masa orang minyak datang.
Quote Roan 27-6-2022 04:22 PM
zarulnazmi replied at 27-6-2022 03:37 PM
sampai sekarang saya masih teringat babak dia berguling panaskan katil masa orang minyak datang.

Yah tak rela
Quote oggy 28-6-2022 02:11 AM
zarulnazmi replied at 27-6-2022 03:37 PM
sampai sekarang saya masih teringat babak dia berguling panaskan katil masa orang minyak datang.

Haha bengong, dah la syuk yang jadi orang minyak tu.
Quote zarulnazmi 28-6-2022 02:19 AM
oggy replied at 28-6-2022 02:11 AM
Haha bengong, dah la syuk yang jadi orang minyak tu.

tak sangka syuk boleh bawa watak tu sampai luar cerita
Quote Rachel_Green 28-6-2022 08:05 AM
zarulnazmi replied at 27-6-2022 03:37 PM
sampai sekarang saya masih teringat babak dia berguling panaskan katil masa orang minyak datang.

yg ni dalam drama mana satu uolls?..iolls nak tengok la..sebelum ni tengok yah kuchai dalam yg 18 puasa ker apa tu?
Quote zarulnazmi 28-6-2022 03:38 PM
Rachel_Green replied at 28-6-2022 08:05 AM
yg ni dalam drama mana satu uolls?..iolls nak tengok la..sebelum ni tengok yah kuchai dalam yg 18  ...

Drama bersiri tajuk dia Kampong Pisang Bersiri-siri
Quote ezacbee 28-6-2022 03:44 PM
zarulnazmi replied at 28-6-2022 02:19 AM
tak sangka syuk boleh bawa watak tu sampai luar cerita

Menjiwai tau...

sempat yah nyanyi lagu ziana zain..
Quote Rachel_Green 29-6-2022 07:25 AM
zarulnazmi replied at 28-6-2022 03:38 PM
Drama bersiri tajuk dia Kampong Pisang Bersiri-siri

TQ uolls..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050867 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top