CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Niat Sorok Sudah Cerai Dengan Audi Mok, Nikki Palikat Cuma Perlu Masa Untuk Diri Sendiri

27-6-2022 09:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5767| Komen: 32|Original author: Tatod


Penyanyi Nicolette Louisa Palikat atau Nikki tampil mendedahkan sudah bercerai dengan komposer, Audi Mok ketika negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini, namun tidak berkongsi hal tersebut kerana memerlukan masa untuk diri sendiri sebelum berkongsi dengan peminat.

Menerusi temu bual bersama Melodi pada Ahad, Nikki menjelaskan dia sama sekali tidak berniat untuk menyorokkan hal tersebut sebaliknya dia memerlukan masa untuk menerima perkara yang menyakitkan itu.


"Bukan senang untuk saya ceritakan perkara ini. Ya, perceraian berlaku ketika pandemik lalu. Pada waktu itu kami sedar lebih baik bercerai dan teruskan hubungan sebagai seorang kawan.

"Sekarang ini, kami lebih baik sebagai kawan sahaja," katanya yang turut menjelaskan punca perceraian tersebut bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Penyanyi kelahiran Sabah itu turut mengakui kegagalan rumah tangga yang dibina selama 12 tahun sedikit sebanyak membuatkan dia tertekan.


"Saya pendam semua perkara kerana tidak mahu anak bersedih tetapi saya lega apabila saya dia terima dengan hati terbuka apabila mengetahui perkara sebenar," katanya.

Terdahulu, Nikki dan Audi berkahwin pada Jun 2009 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam yang kini berusia 12 tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 27-6-2022 09:49 AM
oo dah kawin ...
Quote Cokoro 27-6-2022 09:56 AM
lahhh. jadi masa kt gv tu mmg kunci mulut betul2 lah eh
Quote KirazMevsimi 27-6-2022 05:23 PM
salam takziah. tak sangka jugak
Quote missyL 27-6-2022 05:25 PM
Gmbr first cm anita swak.

Salam takziah.
Kesian jadi artis bende yg sakit cmnie pn nk kene share.

Semoga baik2 saje
Mase covid mmg kes cerai naik
Quote fadz84 27-6-2022 07:13 PM
Berubah muka Nikki skrg..
Quote orkidorkido 27-6-2022 07:18 PM
Sorry to hear that. Tak tau dia dah kawin. Gambar atas muka anita sarawak. Lain betul wajah asal.
Quote miracle_forever 27-6-2022 07:50 PM
fadz84 replied at 27-6-2022 07:13 PM
Berubah muka Nikki skrg..

mcm dah repair kan bagi nmpk jawlines & cheekbones... gambar dulu nmpk bulat je muka dia
Quote supernaturalee 27-6-2022 08:11 PM
Audi buat ape je skrg
Mcm xde buat lagu dh kn

Ms oiam tu heols famous collab dgn ft

Quote olezzeli17 27-6-2022 08:13 PM
Mungkin sebab sekarang berat Nikki dh berkurangan, tu yg nampak muka berubah sikit. Dulu-dulu pun memang dh nampak tulang pipi dia ni jenis tinggi. Paling ingat masa Nikki & Audi kawen diorang kissing mulut. Pic tu yg jd gambar utama. Hehehe.
Quote sleepandream 27-6-2022 08:31 PM
patutlah masa GV takde petik nama audi mok langsung...
tapi iols paling suka performance sheols dlm GV musim lepas... shud be a winner but takde rezeki
Quote GegarVaganja 27-6-2022 09:33 PM
sleepandream replied at 27-6-2022 08:31 PM
patutlah masa GV takde petik nama audi mok langsung...
tapi iols paling suka performance sheols dlm  ...

[ig]https://www.instagram.com/tv/CWuMfVsgpSB/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]

Tapi masa minggu 2 punya performance nampak sheolls ada jamming dengan Audi Mok.
Tak terfikir lak rumah tangga sheolls sudah berantakan time ni.


Quote scrocth 27-6-2022 09:44 PM
GegarVaganja replied at 27-6-2022 09:33 PM
Tapi masa minggu 2 punya performance nampak sheolls ada jamming dengan Audi Mok.
Tak terfikir la ...

Meols dh lama speku rumah tangga dorg ni mcm bermasalah. Sorg ke hulu sorg ke hilir.kt IG pn dorg xfollow each other.  Pdhl both albums dulu hampir semua lagu composed by audi. Kalau baca betul2, xkanlah smp liam perlu pinjamkan baby keyboard dkt audi kalau dorg mmg serumah? Well at least mstlah audi akan ada satu keyboard yg hi tech pny ke untuk cari ilham malam2 buta kalau xsmpt ke studio?

Tgk video kt mstar mcm sedih pulak smp nikki pnh ada suicidal thoughts. Tp org mcm audi ni mmg otak dia fikir kerja ja.
Quote scrocth 27-6-2022 09:45 PM
Tp lagu audi mmg best2. Sayang sekejap jer zaman heshe mendonia.
Quote GegarVaganja 27-6-2022 09:52 PM
scrocth replied at 27-6-2022 09:45 PM
Tp lagu audi mmg best2. Sayang sekejap jer zaman heshe mendonia.

Lagu Audi macam advance gitu zamannya.
Kalau sekarang release lagu dari album Nikki Hawa & Maharani tu, mungkin lagi senang orang terima kot.
Atau bagi kat bbnu kan. Zaman2 Nikki release album tu muzik Malaysia masih stuck kat bunyi-bunyian ballad 90an. Huh.
Quote scrocth 27-6-2022 10:29 PM
GegarVaganja replied at 27-6-2022 09:52 PM
Lagu Audi macam advance gitu zamannya.
Kalau sekarang release lagu dari album Nikki Hawa & Maharan ...

Tp lagu ballad skrg lagi hazab ya dr zaman2 sblm ni. Mcm xbyk progression dr intro ke chorus etc. Meols ada both maharani dan hawa tu. Mmg sound dia ahead of time!
Quote GegarVaganja 27-6-2022 11:22 PM
scrocth replied at 27-6-2022 10:29 PM
Tp lagu ballad skrg lagi hazab ya dr zaman2 sblm ni. Mcm xbyk progression dr intro ke chorus etc.  ...

Rasanya, kita dua orang je kot yang beli album Maharani & Hawa.

Quote tobobon 27-6-2022 11:45 PM
Kat youtube heols ada buat remix lagu2 heols jadi 80 an...meols suka sgt remix lagu stacy bosan tu..ala2 modern talking
Quote orglama 27-6-2022 11:54 PM
GegarVaganja replied at 27-6-2022 11:22 PM
Rasanya, kita dua orang je kot yang beli album Maharani & Hawa.

I ada gak album nikki
Quote nadie90 28-6-2022 12:00 AM
supernaturalee replied at 27-6-2022 12:11 PM
Audi buat ape je skrg
Mcm xde buat lagu dh kn

Audi ada compose bbrp lagu untuk group KPOP....nmpk mcm dah lebih fokus ke arah itu....rsa mcm xada ja dia compose lagu2 baru untuk penyanyi skg....

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037751 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top