Gara-gara keakraban mereka, timbul pula dakwaan kononnya penyanyi Datuk Awie menjalin hubungan istimewa dengan Erra Fazira yang juga merupakan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu.
Menafikan dakwaan tersebut, Awie berkata, ia merupakan satu fitnah yang tidak berasas. Ujarnya, mereka hanya berkawan dan masing-masing tidak lagi memikirkan mengenai hal lampau dan lebih selesa bersikap profesional terutamanya berkaitan kerja. “Kami berkawan, bercinta, bertuang dan putus. Bila putus, macam-macam orang kata. Tak bertegur sapa sampai lapan tahun.
|
ADVERTISEMENT