CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hati Anak Aku Suci Murni Aku Didik Penuh Kasih Sayang" - Normah Damanhuri

26-6-2022 08:31 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4574| Komen: 30|Original author: LilRose

Description: Ibu mana tidak sakit hatinya apabila anak sering menjadi mangsa kecaman.
Kredit foto: IG


Ibu mana tidak sakit hatinya apabila anak sering menjadi mangsa kecaman.

Terkilan anaknya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai kak KM menerima komen melampau di laman sosial, Normah Damanhuri tampil menegur individu terbabit.


Kredit foto: IG

Bersama hantarannya di Instagram, Normah sertakan sekali tangkap layar komen individu berkenaan yang mendakwa perbuatan Kak KM menghadiahkan kereta kepada aktres veteran itu seolah-olah menutup aksi tularnya menepuk punggung sesama pengasas produk kecantikan, baru-baru ini.






Normah menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang berhati busuk kerana sentiasa bersangka buruk terhadap anaknya itu.

"Kereta ini aku dah booked lama! Kau apa tahu? Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang," bidasnya.

Normah turut menegaskan bahawa segala tuduhannya terhadap Kak KM tiada kena mengena sama sekali.

Dalam hantaran lain, Normah berpesan kepada semua pihak untuk menjadikan kebaikan Kak KM sebagai contoh yang baik.

"Cubalah korang ambil contoh yang baik, jangan nak cari salah je. Nak mengecam anak aku je kerja korang.. Jagalah hati tu jangan sampai bernanah," ujarnya.



Sementara itu, di ruangan komen ada yang bersetuju walaupun Kak KM seorang yang seksi, namun  kebaikannya terhadap ibunya memang tidak dapat disangkal.


Kredit foto: IG

Alamak, garang juga ya ibu Kak KM ni! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 26-6-2022 09:01 PM
Kenapa berulang kali dia sebut daging tempatan. Besar sgt ke beli daging tempatan bg mak mkn? Aiol mmg selalu beli dgg tempatan utk masak n aiol x rs pun itu satu pengorbanan yg besar. Mcm beli ikan, sayur je. Satu lg, pengedar dadah berjasa pada mak dgn guna duit haram. Kira mcm bjasa pd mak tu cuci dosa kije haram ke
Quote delawang 26-6-2022 09:06 PM
Lau guna daging tempatan, x de isu kartel daging import
Quote SpyLeman 26-6-2022 09:16 PM
rosevelvet replied at 26-6-2022 09:01 PM
Kenapa berulang kali dia sebut daging tempatan. Besar sgt ke beli daging tempatan bg mak mkn? Aiol m ...

Kalau pengedar dadah hantar mak ayah gi haji premium kira dah cuci dosa
Ambik yg baik, jgn cari salah je
Quote hzln 26-6-2022 09:21 PM
Senang betul sifir pengiraan puak penunggang juga puak2 yg mudah kena tipu dengan golongan penunggang (kini dah masuk pakej penonggeng sekali)
Quote samshik 26-6-2022 09:43 PM
Series ly tgk ank die jual jamu ngn ghupe xmandi pg n terkinja2 goyang montot n ketet ittiew tersangatla hazebedah... Yg membeli tu xrs was2 ker???
Quote PEPPERMAN 26-6-2022 09:45 PM
redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
so kmliana tak risau, wpun dia berkelakuan lucah ala pekerja seks, ada tempat dia di shurga asbab berbuat baik pada normah. Gitu kaedahnya
Quote hotmak 26-6-2022 09:56 PM
rosevelvet replied at 26-6-2022 09:01 PM
Kenapa berulang kali dia sebut daging tempatan. Besar sgt ke beli daging tempatan bg mak mkn? Aiol m ...

peghak buih kot sampai daging pun nak flex, ye tau daging lembu tempatan cecah rm50++ klu batang pinang tu, tapi takyah lah heboh, marhaein b40 pun ada je beli kalau nak mkn, tah apa2
Quote sayawifenikmie 26-6-2022 10:01 PM
alaa korang tengok ygelok elok jer la ..
setiap orang ada sisi -ve ...
acam korang'kuat mengata danmengumpat kat forum
dia kak km kuat goyang ponggong
mana lagi besar dosa?
Quote AcikBuncit 26-6-2022 11:00 PM
Dah 2022 ni masih ada lagi ke org guna ayat "biar (masukkan apa2 benda jahat), tapi hati baik" ... Puiik
Quote annadonna 26-6-2022 11:22 PM
Ambik yg baik baik ajelah. Allah tu Maha Pengampun. Manusia tidak.
Quote makita 26-6-2022 11:34 PM
PEPPERMAN replied at 26-6-2022 09:45 PM
redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
so kmliana tak risau, wpun dia berkelakuan lucah ala peke ...

Betul, untung km ni mak dia redha dgn perangai dia. Mudah perjalanan idop dia. Wpon mak fasik mcmana pon tetap makbul doa utk anak.
Quote intan244 27-6-2022 12:42 AM
PEPPERMAN replied at 26-6-2022 09:45 PM
redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
so kmliana tak risau, wpun dia berkelakuan lucah ala peke ...

sedangkan pelacur selamatkan anjing pon dosa diampun dan masuk syurga kan? pernah dgr cerita ni. jadi apatah lagi berbuat baik kat mak bapak.
Quote awenda507 27-6-2022 12:50 AM
Niat tak menghalalkan cara ye.
Quote CariMalay 27-6-2022 12:52 AM
Ape daaaaa
Quote anony-mous 27-6-2022 12:57 AM
SpyLeman replied at 26-6-2022 09:16 PM
Kalau pengedar dadah hantar mak ayah gi haji premium kira dah cuci dosa
Ambik yg baik, jgn c ...

Senang skrg ni kan? Duit bkn shja boleh beli kebahagiaan tp boleh beli pahala untung sapa kaya tp xgrab peluang beli pahala.

Joget2, cara nak sucikan, derma pd ank yatim
Seksi xhengat = boleh sucikan dgn bg mak kereta

Buat je lah any dosa, yg penting pastikan uols berduit. Dgn duit tu tabur dedak.

Tukar jantina = beli rumah utk mak ayah = 0 dosa
Quote anony-mous 27-6-2022 12:59 AM
intan244 replied at 27-6-2022 12:42 AM
sedangkan pelacur selamatkan anjing pon dosa diampun dan masuk syurga kan? pernah dgr cerita ni. j ...

Jd baik melacur n bg anjing makan? Kaya dpt, sedap dpt, syurga pon dpt . Keje 8-5ptg mcm sia2 jah. Nk beli rumah x dpt pon.
Quote shida81 27-6-2022 01:08 AM
Edited by shida81 at 27-6-2022 01:10 AM

Asal ank berduit ank ku syg...
Syg ank berpada2... Klu salah tetap salah
Di tegur.. Di marah.. Wpun da tua bangka da beranak pinak.. Ank2 tetap Seperti budak kecik di mata mk bapak..
Quote matbad 27-6-2022 01:14 AM
rosevelvet: Kenapa berulang kali dia sebut ...

ayat last padu bhai. bnda direstui
Quote nakkomenjugak 27-6-2022 02:33 AM
entah lerrrr family orang
iol makan popcorn jahhhh

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.260532 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top