Seorang wanita Australia mendakwa dihalang daripada mewarisi harta peninggalan bapanya bernilai hampir 7 juta pound sterling (RM37.8 juta) kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Daily Star melaporkan, Clare Brown dari Sydney kini mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mencabar wasiat bapanya itu yang disifatkan tidak realistik. Wanita itu kini masih hidup dengan bantuan kebajikan bersama 'isterinya' Lauren dan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Bapa Brown, Chris yang juga broker saham meninggalkan harta bernilai 6.82 pound sterling (RM36.83 juta) selepas meninggal dunia pada Januari lalu.
Tetapi, harta itu hanya boleh diwarisi dengan syarat Brown mendapat pekerjaan atau menyumbang kepada masyarakat. Brown, bagaimanapun, mendakwa dia tidak boleh bekerja kerana mempunyai masalah hiperaktif, dan kekurangan tumpuan (ADHD) di samping autistik. Dia tampil menerusi program berita A Current Affair dan menuntut haknya. "Bolehkah kamu semua berhenti mempersoalkan mengenai 'saya perlu bekerja'. Ia tidak (akan) berlaku. Saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya," katanya. Sementara itu, Lauren berkata, Brown bergelut dengan tugas harian dan mempunyai senarai semak peringatan asas termasuk apa yang perlu dimakan. Sumber: Harian Metro
|
pooh~key replied at 26-6-2022 06:46 PM
Akak malas nak masuk thread ni sebab tajuk misleading sis.
Wanita itu kini masih hidup dengan bantuan kebajikan bersama 'isterinya' Lauren dan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
ADVERTISEMENT