CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lama Kunyah Roti Canai Tak Hancur-hancur, Rupanya Tali Mop!

26-6-2022 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2459| Komen: 5

Rambut dan serangga selalu menjadi bendasing popular yang ditemui dalam makanan di restoran.

Namun, pengalaman yang dilalui dua beradik ini agak luar biasa apabila mereka menemui cebisan tali mop di dalam hidangan roti canai yang dipesan!



TikTok @yonabii_

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yon berkata, ketika kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, dia dan adik perempuannya menikmati makan lewat malam (supper) di sebuah restoran mamak di Sepang.

"Kami order roti canai banjir dengan nasi goreng ayam. Dua menu tu kami kongsi-kongsi makan. Nasi goreng ayam okay tapi roti canai tu lepas makan satu suap, roti tak lumat-lumat.


"Adik yang kena. Lama pula tu dia kunyah. Ingatkan daging atau sayur dalam kuah, rupa-rupanya bila tarik keluar ada tali mop. Terus berhenti makan, rasa nak muntah" cerita wanita berusia 25 tahun ini.

Menurut Yon, dia segera memanggil salah seorang pekerja di restoran berkenaan untuk membuat aduan mengena penemuan tersebut.

"Kami tunjuk dekat dia tali mop yang dah kena kunyah tu. Lepas itu mamak tu cuak, dia tanya nak ganti ke? Tapi kami cakap tak payah sebab kuah yang sama, so no point kalau bagi yang baru pun.


Video: TikTok @yonabii_

"Mamak tu minta maaf pada kami tapi masa bayar dia kira semua ya. Tak ada discount langsung," ujarnya lagi.

Tambah Yon, restoran mamak tersebut sememangnya sering dikunjunginya sebelum ini, namun kejadian yang sedemikian adalah kali kedua yang dialaminya.

"Sebelum ini jumpa bulu dalam nasi goreng. Dah sound so ingat dah okay lah, tapi jadi lagi.

"Iya, memang trauma dan serik... taubat tak nak pergi dah kedai mamak tu," ujarnya yang merupakan ahli perniagaan.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 561,000 jumlah tontonan, Yon berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej kepada orang lain agar lebih berwaspada ketika menjamu selera di restoran.



"Selepas ini kena lebih berhati-hati pilih kedai makan, kalau rasa was-was tu balik saja rumah, masak sendiri. Kebersihan pun terjamin.

"Tapi tak semua mamak macam ni. Macam mana kita boikot pun, restoran mamak tetap penuh. Jadi, pilihan di tangan anda," akhirinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 27-6-2022 08:58 AM
mesti kedai ni sedap,
selalu jenis ada bulu2,haiwan ni taste dia lain mcm
Quote babelina 27-6-2022 11:04 AM
yakkkksssss!!! teruk la..
Quote LadyCarefree 2-7-2022 11:43 PM
Padan muka makan xkisahkan kedai bersih atau tak.
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 12:50 AM
copy_paste replied at 27-6-2022 08:58 AM
mesti kedai ni sedap,
selalu jenis ada bulu2,haiwan ni taste dia lain mcm

barbie geli dowh pencerahan ko ni

eeeeeeeeeeee




Quote copy_paste 4-7-2022 07:10 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 12:50 AM
barbie geli dowh pencerahan ko ni

eeeeeeeeeeee

Tapi bila dah tahu, hilang segala sedap, jd geli yuckkk, cari kedai yg bersih la,asal cukup rasa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.393933 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top