CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Subur, Umur Baru 40 Tahun Dah Ada 44 Anak

24-6-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3164| Komen: 25

KAMPALA, Uganda – Seorang ibu tunggal di Uganda memegang rekod mempunyai anak paling ramai di dunia disebabkan kelainan genetik yang menyebabkan dirinya ‘terlampau subur’, lapor akhbar The Sun UK.


Mariem Nabatanzi  melahirkan 44 orang anak menjelang usia 40 tahun dan doktor-doktor berkata, sebarang kaedah perancangan  keluarga tidak akan berkesan ke atas dirinya.

Mariem dikahwinkan pada usia seawal 12 tahun dan hanya sekali melahirkan seorang anak. Anak-anaknya selepas itu terdiri daripada bayi kembar, bayi kembar tiga dan bayi kembar empat.


Foto: The Sun UK

Setakat ini, 38 daripada 44 anak yang dikandungnya masih hidup, manakala wanita itu melahirkan  empat pasangan kembar, lima kembar tiga dan lima kembar empat.

Doktor memberitahu Mariem bahawa dia mempunyai saiz ovari yang luar biasa besar dikenali sebagai hiperovulasi.

Dia diberitahu bahawa kaedah kawalan kehamilan tidak akan berfungsi terhadap dirinya, malah  mungkin akan menyebabkan kesihatannya merosot.

Rawatan memang wujud untuk hiperovulasi tetapi ia sukar didapati di pedalaman Uganda.

Pakar Sakit Puan Hospital Mulago, Dr, Charles Kiggundu memberitahu bahawa kemungkinan faktor keturunan menjadi punca kesuburan melampau Mariem.

“Kesnya melibatkan kecenderungan genetik,” kata doktor berkenaan.

Tiga tahun lalu, doktor-doktor  mengambil keputusan untuk ‘memandulkan’ Mariem melalui  kaedah pembedahan melibatkan sekatan pada tiub fallopio untuk mengelakkan ovum (sel telur) daripada disenyawakan.

Kini, Mariem meneruskan kehidupan bersama 38 anak yang masih kecil di 4 buah rumah kecil selepas bekas suaminya yang panas baran meninggalkan mereka dan melarikan wang simpanannya.

“Saya melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak. Ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk membantu saya mencari rezeki,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putera_daruna 24-6-2022 05:38 PM
non stop....
Quote Kurex 24-6-2022 05:58 PM
Kalau kau dekat Malaysia, dah lama kau dicerca acik2 porem yg terpaksa tutup kedukaan tak dapat anak dgn mencerca orang yg ada anak / anak ramai
Quote Artemesiaa 24-6-2022 06:02 PM
Umur 12 tahun dah kahwin beranak kembar tak berenti mana tak dapat ramai macam tu
Quote Suchi 24-6-2022 06:05 PM
Camni elokla ikat peranakan dh byk sgt dah anak pun.
Dah kerap sgt kuar ni mesti mudah je dia nak lahirkan anak.
Kuatnya dia 44 org manusia penah membesar dlm tubuh dan lahir drpd tubuh dia.
Quote matchstick 24-6-2022 06:10 PM
Sepanjang kawen 28 tahun sheols pregnant and beranak 15 Kali. Ada lah jarak jgk. Cuma kembar dia ngalahkan kucing
Quote shernazz 24-6-2022 06:14 PM
Jantan tak guna pung selamba je tinggal.family amek duit semua..
Jilaka..
Iols nak cerca laki dia neh...
Sebab hanya tabur benih
Mohon dimakan oleh singa afrika..
Quote Nnoor2 24-6-2022 07:41 PM
Perempuan yg subur cecah umur 50an pun boleh beranak lagi....
Quote doubleharmonic 24-6-2022 07:43 PM
terlampau subur ke terlampau birah?
Quote buapakperut 24-6-2022 10:43 PM
Gile 12 tahun dah meneran.. Iols 12 tahun dah fed up dengan keranah adik iols yg masih baby. Asek kacau iols nak baca komik dagon boll
Quote norawestallen 25-6-2022 12:08 AM
speechless
Quote norawestallen 25-6-2022 12:09 AM
i’m speechless……………
Quote Decaffeinated 25-6-2022 12:10 AM
Kalau induk kucing Parsi ni berbaloi bela

Quote sue_liah 25-6-2022 11:34 AM
kesian nya dr kecik dh galas tanggungjawap dh la hidup susah jd tempat membiak untuk jantan x guna
Quote syamzana 25-6-2022 02:33 PM
celaka la lakinya. ko tgl bini dgn anak punya la ramai serupa kucen tu.
lagi muda dari iols, kuat betul dia pregnant, branak dan membela anak2 yg ramai[em:8:]
Quote intan244 25-6-2022 03:50 PM
boleh buat nama tribe dah kalau ramai camni. meramaikan umat. Moga dipermudahkan urusan mereka dan anak2x dia jadi org yg bermanfaat pada ibu, keluarga, agama.kalau islamlah
Quote green~tea 25-6-2022 05:49 PM
Kenapa tak ikat or pakai kondom je.. anak kalo bawah 5 orang kira comel lg.. lebih dari tu, rasa nak lempang je bila buas sgt
Quote AssignmentHelpU 25-6-2022 07:43 PM
Edited by AssignmentHelpU at 25-6-2022 07:45 PM

It is a best assignment services in UK . They complete our work in less time with professional writers and give good services visit us at:-https://archliteassignments.co.uk/

Quote naina 25-6-2022 07:48 PM
Kurex replied at 24-6-2022 05:58 PM
Kalau kau dekat Malaysia, dah lama kau dicerca acik2 porem yg terpaksa tutup kedukaan tak dapat anak ...


Haha ni aku setuju. Rupa2nya komen thread lain dia belum ada anak atau belum kawin pun. Tapi bab mencerca fuhhhhh. Kalah emosi perempuan berpantang
Quote naina 25-6-2022 07:50 PM
Terlampau subur tapi kalau takda senggama atau buang luar maybe tak menjadi persenyawaan.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049636 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top