View: 2197|Reply: 25
|
Terlampau Subur, Umur Baru 40 Tahun Dah Ada 44 Anak
[Copy link]
|
|
KAMPALA, Uganda – Seorang ibu tunggal di Uganda memegang rekod mempunyai anak paling ramai di dunia disebabkan kelainan genetik yang menyebabkan dirinya ‘terlampau subur’, lapor akhbar The Sun UK.
Mariem Nabatanzi melahirkan 44 orang anak menjelang usia 40 tahun dan doktor-doktor berkata, sebarang kaedah perancangan keluarga tidak akan berkesan ke atas dirinya.
Mariem dikahwinkan pada usia seawal 12 tahun dan hanya sekali melahirkan seorang anak. Anak-anaknya selepas itu terdiri daripada bayi kembar, bayi kembar tiga dan bayi kembar empat.
Foto: The Sun UK
Setakat ini, 38 daripada 44 anak yang dikandungnya masih hidup, manakala wanita itu melahirkan empat pasangan kembar, lima kembar tiga dan lima kembar empat.
Doktor memberitahu Mariem bahawa dia mempunyai saiz ovari yang luar biasa besar dikenali sebagai hiperovulasi.
Dia diberitahu bahawa kaedah kawalan kehamilan tidak akan berfungsi terhadap dirinya, malah mungkin akan menyebabkan kesihatannya merosot.
Rawatan memang wujud untuk hiperovulasi tetapi ia sukar didapati di pedalaman Uganda.
Pakar Sakit Puan Hospital Mulago, Dr, Charles Kiggundu memberitahu bahawa kemungkinan faktor keturunan menjadi punca kesuburan melampau Mariem.
“Kesnya melibatkan kecenderungan genetik,” kata doktor berkenaan.
Tiga tahun lalu, doktor-doktor mengambil keputusan untuk ‘memandulkan’ Mariem melalui kaedah pembedahan melibatkan sekatan pada tiub fallopio untuk mengelakkan ovum (sel telur) daripada disenyawakan.
Kini, Mariem meneruskan kehidupan bersama 38 anak yang masih kecil di 4 buah rumah kecil selepas bekas suaminya yang panas baran meninggalkan mereka dan melarikan wang simpanannya.
“Saya melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak. Ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk membantu saya mencari rezeki,” jelasnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau dekat Malaysia, dah lama kau dicerca acik2 porem yg terpaksa tutup kedukaan tak dapat anak dgn mencerca orang yg ada anak / anak ramai
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur 12 tahun dah kahwin beranak kembar tak berenti mana tak dapat ramai macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Camni elokla ikat peranakan dh byk sgt dah anak pun.
Dah kerap sgt kuar ni mesti mudah je dia nak lahirkan anak.
Kuatnya dia 44 org manusia penah membesar dlm tubuh dan lahir drpd tubuh dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang kawen 28 tahun sheols pregnant and beranak 15 Kali. Ada lah jarak jgk. Cuma kembar dia ngalahkan kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan tak guna pung selamba je tinggal.family amek duit semua..
Jilaka..
Iols nak cerca laki dia neh...
Sebab hanya tabur benih
Mohon dimakan oleh singa afrika.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yg subur cecah umur 50an pun boleh beranak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
terlampau subur ke terlampau birah? |
|
|
|
|
|
|
|
Gile 12 tahun dah meneran.. Iols 12 tahun dah fed up dengan keranah adik iols yg masih baby. Asek kacau iols nak baca komik dagon boll |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau induk kucing Parsi ni berbaloi bela
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya dr kecik dh galas tanggungjawap dh la hidup susah jd tempat membiak untuk jantan x guna |
|
|
|
|
|
|
|
celaka la lakinya. ko tgl bini dgn anak punya la ramai serupa kucen tu.
lagi muda dari iols, kuat betul dia pregnant, branak dan membela anak2 yg ramai[em:8:] |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat nama tribe dah kalau ramai camni. meramaikan umat. Moga dipermudahkan urusan mereka dan anak2x dia jadi org yg bermanfaat pada ibu, keluarga, agama.kalau islamlah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak ikat or pakai kondom je.. anak kalo bawah 5 orang kira comel lg.. lebih dari tu, rasa nak lempang je bila buas sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AssignmentHelpU at 25-6-2022 07:45 PM
It is a best assignment services in UK . They complete our work in less time with professional writers and give good services visit us at:-https://archliteassignments.co.uk/
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlampau subur tapi kalau takda senggama atau buang luar maybe tak menjadi persenyawaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|