Iman Troye yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300 kepada calon yang berjaya meraih peningkatan gred G kepada A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, tidak setuju dengan trend berkongsi keputusan gagal seperti yang tular baru-baru ini.
Penyanyi itu berpendapat, ia tidak sepatutnya dibanggakan seperti dilakukan sesetengah individu dalam media sosial. Pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, itu berkata, situasi sebegitu tidak wajar dibanggakan kerana mampu mempengaruhi pelajar lain supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
“Saya sendiri pernah berperang dengan peperiksaan SPM pada tahun 2019. Cabaran belajar zaman sekarang dengan kepesatan teknologi media sosial bukanlah mudah. “Begitu juga dengan mereka yang bergelut belajar di era pandemik Covid-19. Namun, tabik kepada mereka yang tidak lemah semangat dan menjadikan ujian atau cabaran sebagai alasan,” katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu berkata, pencapaian diraih pelajar yang berjaya menerusi inisiatif dilakukan cukup membanggakan. “Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan. “Malah kita belajar untuk mendapat gred atau keputusan yang baik, bukan sebaliknya,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Kurex replied at 24-6-2022 05:39 PM
Nak jah iols kapakkan mulut sheols!!!!!!!
Tiada alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang memberi alasan saja sering buntu dalam kehidupan.
musangbodoh replied at 24-6-2022 11:37 PM
ot
nm betul- Siti Nur Alyssa Sahabudin
ADVERTISEMENT