Pada usia 12 tahun, budak lelaki ini sudah mengenal erti keperitan hidup, malah ringan tulang membantu keluarga mencari pendapatan sampingan sehingga terpaksa ponteng sekolah.
Kisah budak lelaki ini berjalan kaki dari pintu ke pintu menjual cendawan tiram menjadi tular selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook, Rosmaliana Roslan, baru-baru ini. "Katanya, cendawan tiram tu ayahnya ambil dengan orang lain untuk dijual," cerita ibu kepada lima cahaya mata yang menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Rosmaliana berkata dia sekadar berkongsi coretan di Facebook kerana kagum dengan sikap ringan tulang kanak-kanak tersebut, dan dalam masa yang sama berharap agar nasibnya terbela sekiranya mendapat perhatian mana-mana pihak. "Alhamdulillah, saya difahamkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah ke sekolahnya pada Khamis. Mungkin akan ada tindakan seterusnya. "Tak sangka juga kisah tersebut mendapat perhatian personaliti dakwah, Ustaz Ebit Lew. "Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga. Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain. "Selain itu, mungkin ibu bapa kena alert benda ni, usah sewenang-wenangnya suruh anak-anak menjual. Anak-anak umur sedemikian kena belajar dulu," ujarnya yang merupakan ejen takaful. Sementara itu menjengah ke laman Facebook rasmi Ebit, penceramah tersebut turut meluangkan masa menziarahi kanak-kanak berkenaan selepas kisah mengenainya tular. Dalam pertemuan tersebut, Ebit turut menghadiahkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai untuk tujuan kemudahan serta meringankan beban keluarga kanak-kanak berkenaan. |
prettyuglybabe replied at 24-6-2022 01:07 PM
rosmaliana kata bapak kerja rela tapi ebit cakap repair kereta sikit-sikit..
ke biawak tua tunggu bi ...
Thunderclouds replied at 24-6-2022 01:45 PM
Back in the 80s my sisters mmg dikerah p menoreh waktu wiken ngan cuti sekolah. Under duress yerr. D ...
Thunderclouds: Back in the 80s my sisters mmg ...
Belibis replied at 24-6-2022 01:56 PM
80an dulu memang normal jer anak2 kena pi bendang,kebun getah..takde isu mana punnnn..zaman maju ni ...
tri-max replied at 24-6-2022 01:39 PM
aku malas nak csi cerita asal usul family budak ni,
org susah kita paham la takkan nak cerita dari a ...
ADVERTISEMENT