CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Utan Hisap Rokok Dibaling Pengunjung

24-6-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1146| Komen: 5

Description: Sebuah rakaman memaparkan seekor orang utan menghisap rokok yang dibuang ke dalam kandangnya di sebuah zoo di Vietnam mencetus kemarahan ramai.
Sebuah rakaman memaparkan seekor orang utan menghisap rokok yang dibuang ke dalam kandangnya di sebuah zoo di Vietnam mencetus kemarahan ramai.

Menerusi video itu, kelihatan orang utan jantan sedang duduk di atas lantai sambil memegang rokok di antara jarinya seperti manusia itu dirakam di Zoo dan Taman Botani Saigon di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Mamalia itu kemudian memerhatikan orang ramai sebelum menghisap rokok berkenaan dan memadamkan puntungnya pada permukaan batu.


Foto: CEN

Spesies beruk hampir pupus yang berasal dari Borneo itu kemudian memeriksa puntung rokok berkenaan untuk memastikan ia dipadamkan dengan betul.


Daily Star UK melaporkan, pihak Zoo Saigon mendakwa bahawa orang utan itu tidak diberikan rokok, tetapi menemuinya selepas dibaling pengunjung tidak bertanggungjawab.

Seorang jurucakap zoo berkata, pengunjung terutamanya orang tempatan tidak mempedulikan arahan agar tidak membaling apa-apa jenis sampah atau makanan ke dalam kandang orang utan.

“Orang ramai sering membuang benda ke dalam sangkar haiwan dan orang utan belajar cara menggunakan objek ini dengan melihat cara manusia menggunakannya,” ujarnya.

Katanya, kakitangan keselamatan zoo tidak mempunyai keupayaan untuk mengawasi tindakan pengunjung pada setiap masa. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-6-2022 12:50 PM
sapa sebenarnya...'menate' kt sini???
Quote Artemesiaa 24-6-2022 01:35 PM
Denda je pelakunya.  Sebab tu disesetengah zoo mereka letakan cermin kaca untuk halang pengunjung baling apa2 pada haiwan yang dalam kandang
Quote surih07 24-6-2022 03:58 PM
Jahatnya ee
Quote Decaffeinated 24-6-2022 07:14 PM
Seekor orang utan
Quote tripleid 24-6-2022 08:37 PM
Edited by tripleid at 24-6-2022 11:10 PM

Org utan ni bukan haiwan calang2 ya..salah satu spisis 'great apes' yg ada dlm dunia ni setaraf dgn cimpanzi,gorilla tu..bangga Msia ada org utan..tapi syg gomen hanat x reti nak appreciate anugerah alam yg diberi ni..kalo panda komunis tu bkn kemain jaga meanwhile hutan banat rumah org utan mkin lama mkin licin sbb kena tarah utk tanam sawit.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051784 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top