CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Qatar Larang Seks Bebas Ketika Piala Dunia Kecuali Suami Isteri

24-6-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1730| Komen: 9

Qatar melarang penyokong mahupun pemain daripada melakukan hubungan seks bebas ketika menyaksikan Piala Dunia 2022.

Daily Star melaporkan, sumber polis mendakwa Qatar bakal menguatkuasakan larangan ketat terbabit tanpa pengecualian kepada mereka yang menyaksikan kemeriahan Piala Dunia.


Foto: Marca

"Seks bebas tidak dibenarkan di kejohanan itu kecuali jika anda pasangan suami isteri. Juga tidak akan ada parti langsung. Semua orang perlu mematuhi arahan jika tidak mahu dipenjara tujuh tahun.

"Ini adalah larangan seks ditetapkan buat kali pertama di Piala Dunia. Penyokong perlu bersiap sedia," demikian menurut sumber polis.


Selain itu, mengambil minuman beralkohol di tempat awam, berparti dan majlis sosial lain turut tidak dibenarkan sepanjang kejohanan di negara Arab tersebut.

Hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan dan homoseksual adalah dilarang di negara majoriti Muslim itu dengan pesalah akan menerima hukuman penjara sehingga tujuh tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-6-2022 12:32 PM
Larangan ni untuk marhaen saja ka atau terpakai juga untuk kerabat diraja, elit2 dunia?
Quote kemaruk 24-6-2022 12:38 PM
camne nak check?

pasang cctv dalam bilik ke?
Quote Adrif 24-6-2022 02:22 PM
dua_chzy replied at 24-6-2022 12:32 PM
Larangan ni untuk marhaen saja ka atau terpakai juga untuk kerabat diraja, elit2 dunia?

undang2 untuk marhaen saja

these so called "elites" dan bangsawan ni, imuniti lain macam

yang jenis lahir lotteri, atau kat Malaysia ni, lahir bawah payung kuning, jalan cakap la. tak boleh sentuh langsung. cakap pun tak leh

kadang2 terasa diri bukan rakyat, tapi hamba abdi di dunia moden

pakai tie, tapi rasa macam lembu yang digembala


Quote Artemesiaa 24-6-2022 03:29 PM
Untuk marhaen je kot, bukan senang nak kawal kena mintak kerjasama dari tokey penginapan
Quote cutieslilies 24-6-2022 03:32 PM
so selama ni selain piala dunia boleh lah ek??? pelik2 sungguh
Quote ninja9 24-6-2022 03:37 PM
aku tak tahu pandangan dari seseorang yang tak peduli pasal larangan ni semua, sebab ini perkara biasa  dalam kehidupan biasa mereka yang selalu kita lihat dalam kehidupan zaman sekarang

mereka mungkin rasa masuk dalam penjara, atau dalam negara polis.... tapi yang pastinya ada yang berani langgar cuma akan sembunyi kerana takut kena denda...
Quote sharlenetexas 24-6-2022 03:46 PM
Mak ayam pak ayam takleh cari makan. Ayam mahal.


Quote mojarean_X 24-6-2022 03:55 PM
dah ada niat pun dh bagus...baguslah Qatar ni.
Quote angelofish 24-6-2022 03:58 PM
mana hukuman yang lebih ringan? hukuman dari tuhan - ( bujang) sebatan 100 × had cedera kulit atau hukuman dari manusia - penjara 7 tahun? .nak lawan tuhan,mana hukuman lebih hebat?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.109999 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top