View: 969|Reply: 9
|
Qatar Larang Seks Bebas Ketika Piala Dunia Kecuali Suami Isteri
[Copy link]
|
|
Qatar melarang penyokong mahupun pemain daripada melakukan hubungan seks bebas ketika menyaksikan Piala Dunia 2022.
Daily Star melaporkan, sumber polis mendakwa Qatar bakal menguatkuasakan larangan ketat terbabit tanpa pengecualian kepada mereka yang menyaksikan kemeriahan Piala Dunia.
 Foto: Marca
"Seks bebas tidak dibenarkan di kejohanan itu kecuali jika anda pasangan suami isteri. Juga tidak akan ada parti langsung. Semua orang perlu mematuhi arahan jika tidak mahu dipenjara tujuh tahun.
"Ini adalah larangan seks ditetapkan buat kali pertama di Piala Dunia. Penyokong perlu bersiap sedia," demikian menurut sumber polis.
Selain itu, mengambil minuman beralkohol di tempat awam, berparti dan majlis sosial lain turut tidak dibenarkan sepanjang kejohanan di negara Arab tersebut.
Hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan dan homoseksual adalah dilarang di negara majoriti Muslim itu dengan pesalah akan menerima hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Larangan ni untuk marhaen saja ka atau terpakai juga untuk kerabat diraja, elit2 dunia? |
|
|
|
|
|
|
|
camne nak check?
pasang cctv dalam bilik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 untuk marhaen saja
these so called "elites" dan bangsawan ni, imuniti lain macam
yang jenis lahir lotteri, atau kat Malaysia ni, lahir bawah payung kuning, jalan cakap la. tak boleh sentuh langsung. cakap pun tak leh
kadang2 terasa diri bukan rakyat, tapi hamba abdi di dunia moden
pakai tie, tapi rasa macam lembu yang digembala

|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk marhaen je kot, bukan senang nak kawal kena mintak kerjasama dari tokey penginapan |
|
|
|
|
|
|
|
so selama ni selain piala dunia boleh lah ek??? pelik2 sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahu pandangan dari seseorang yang tak peduli pasal larangan ni semua, sebab ini perkara biasa dalam kehidupan biasa mereka yang selalu kita lihat dalam kehidupan zaman sekarang
mereka mungkin rasa masuk dalam penjara, atau dalam negara polis.... tapi yang pastinya ada yang berani langgar cuma akan sembunyi kerana takut kena denda...  |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayam pak ayam takleh cari makan. Ayam mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada niat pun dh bagus...baguslah Qatar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mana hukuman yang lebih ringan? hukuman dari tuhan - ( bujang) sebatan 100 × had cedera kulit atau hukuman dari manusia - penjara 7 tahun? .nak lawan tuhan,mana hukuman lebih hebat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|