Datin Noor Kartini akui berasa bertuah kerana dikurniakan suami penyayang dan menerima dirinya seadanya. Menurut usahawan yang juga ibu kepada selebriti popular Neelofa, meskipun Datuk Abdul Halim Khan memiliki perwatakan yang tegas, namun dia tetap mengambil berat mengenai perihal keluarga.
“Uncle ni sebenarnya masa mama kenal dia dulu dia seorang yang garang tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan lima anak-anak mama. “Dulu masa anak-anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ‘you jaga anak je’ tapi mama nakal ada juga jual senyap-senyap tapi uncle tahu sebenarnya,” tulisnya di Instagram
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Kartini bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 baru-baru ini. Katanya lagi, hubungan mereka juga makin bertambah mesra dan dipenuhi kasih sayang sejajar dengan usia perkahwinan mereka.
|
Nham22 replied at 23-6-2022 09:36 PM
Skrg mcm mama pulak kene carik duit.... Uncle pulak ddk rumah saja....
ADVERTISEMENT