Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Rafizi Ramli tidak faham mengenai dasar ekonomi dan fizikal.
Dakwaan tersebut dibuat selepas Rafizi yang secara tidak rasmi memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR mengkritik ‘formula subsidi’ yang dikemukakan oleh Najib. “Ya, saya potong subsidi pukal untuk beralih ke subsidi bersasar seperti minyak masak berpaket sebab subsidi pukal lebih memanfaatkan orang kaya dan penyeludup yang akhirnya memanfaatkan rakyat di negara-negara jiran. “Ya, antara akibatnya ialah defisit kerajaan serta nisbah hutang negara turun sembilan tahun berturut. Tapi penjimatan darinya dialih terus kepada pemberian wang tunai dalam pelbagai skim seperti bantuan sekolah, pemansuhan yuran sekolah, bantuan BR1M, Kad Siswa yang tidak pernah wujud sebelum saya menjadi PM,” katanya.
Melalui pemberian wang tunai, Najib berkata, rakyat boleh memilih cara untuk membelanjakan bantuan tersebut berbanding mereka terpaksa menerima dasar subsidi pukal. Berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional melaksanakannya tanpa menaikkan defisit kerajaan, menaikkan kebergantungan kepada hasil minyak mahupun menjarah dana Petronas. Malah kata Najib, jika melihat kepada rekod pemberian dan sekiranya kerajaan tidak bertukar pada PRU-14 jumlah bantuan BR1M mungkin akan meningkat kepada RM2,300 atau RM4,000 tahun ini. Rafizi di media sosialnya sebelum ini berkata, beliau mempunyai hobi baru iaitu berkawan dengan dengan ‘Pak Cik Google’ untuk membongkar apa yang didakwa sebagai putar belit Najib. Siri pertama yang dinamakan #SayaPutarJib telahpun diterbitkan dalam blognya dua hari lalu. Sumber: MalaysiaGazette |
tripleid replied at 23-6-2022 06:37 PM
Ringkasan pecahan 'kek' bossku...
ADVERTISEMENT