Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya merupakan satu tindakan tidak wajar berikutan berupaya mengundang trauma kepada kehidupannya.
Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff berkata, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana memberikan impak jangka masa panjang kepada kanak-kanak itu sekali gus menyebabkan mangsa mengalami trauma berpanjangan. “Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.
“Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi. Terdahulu, video Tiktok dimuat naik pemilik akaun bernama Acong44 tular di laman media sosial dengan menyaksikan seorang kanak-kanak berasa takut apabila diberikan seekor kucing kepadanya. Meskipun meraih hampir tiga juta tontonan, tetapi rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza dengan rata-rata daripadanya menyifatkan ia sebagai tindakan tidak wajar. “Tidak kelakar pun, fobia budak itu nanti. Kita ada anak sepupu takut kucing, sampai sekarang tidak boleh tengok kucing walaupun kucing itu tidak buat apa-apa,” kata Nor Azian Muhammad. “Sikit pun tidak kelakar, orang takut kucing sahaja faham perasaan adik itu,” jelas Salbiah Rahman. -CARI Sumber: Kosmo
|
sukacactus replied at 23-6-2022 11:12 AM
Sebagai salah sorang ailurophobia, aku paham perasaan ank ni dan xsetuju dgn perbuatan menakut2kan o ...
helicornia replied at 23-6-2022 12:01 PM
Setiap manusia ni berbeza2.jgn la buat lawak klu dia takut kucing.yg dok menyakat tu maybe takut gel ...
Decaffeinated replied at 23-6-2022 12:07 PM
Jangan melayu ramai takut anjing sebab didikan. Fakta.
So jangan gelak kan.
helicornia replied at 23-6-2022 04:01 AM
Setiap manusia ni berbeza2.jgn la buat lawak klu dia takut kucing.yg dok menyakat tu maybe takut gel ...
NazRysha replied at 23-6-2022 12:57 PM
korang ada tips tak cm mana nak jinakkan kucing stray
aku nak isi ubat kutu dan kurap atas kepala di ...
dua_chzy replied at 23-6-2022 12:35 PM
Tu la. Kawan ai, lelaki, ada sorang. Hantu syaiton segala dia tak takut. Tapi cuba la letak mentad ...
cicak_kobeng replied at 23-6-2022 11:24 AM
sama la...dulu masa sekolah menengah selalu kena buli dgn sorg kawan ni sbb takot kucing..mmg snga ...
ADVERTISEMENT