Pelakon Amber Heard didakwa sedang berbincang untuk menerbitkan buku biografi selepas tewas dalam kes saman menentang bekas suami, Johnny Depp, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Menurut sumber, buku tersebut akan mendedahkan segala butiran mengenai kehidupan Heard, dakwaan penderaan rumah tangga bersama Depp dan keruntuhan kerjayanya sebagai seorang pelakon akibat kes saman dengan aktor tersebut. Pelakon ‘Aquaman’ itu dilaporkan bersedia untuk berdepan apa sahaja kemungkinan disebabkan penghasilan buku tersebut dan melihatnya sebagai ‘buku balas dendam’.
“Heard menganggap kerjayanya di Hollywood sudah berakhir, jadi tiada sebab untuk dia berasa risau. “Perbincangan mengenai penulisan dan penerbitan buku telah bermula, dia kelihatan sangat teruja dengan pelan itu,” ujar satu sumber rapat. Bagaimanapun, pakar penulisan buku, Dror Bikel memberi amaran bahawa Heard perlu sangat berhati-hati dengan apa yang ditulis mengenai Depp dalam buku tersebut sekiranya ia benar-benar akan berlaku. “Depp dan pasukan peguamnya akan meneliti setiap ayat dan perkataan yang berkaitan bintang Pirates Of The Caribbean itu. “Jika Amber tidak cakna, mungkin dia akan menerima satu lagi saman daripada bekas suaminya,” tegas Bikel. Wakil pengurusan Heard tidak menafikan mengenai khabar angin penghasilan buku tersebut namun menolak untuk memberi sebarang komen. Sumber: Kosmo
|
prince_marhaen replied at 23-6-2022 10:01 AM
betina ni memang kulit tebal macam kulit babi eh...takde perasaan malu orang semua tak suka dia, lep ...
ADVERTISEMENT