Tingkah laku jiran yang kurang menyenangkan bukan isu baru disuarakan masyarakat. Perkara sama turut dialami Lan Solo ketika tinggal di perumahan teres sebelum ini.
Ceritanya dalam program Wanita Hari Ini di TV3 pada Selasa, situasi dihadapinya bagaimanapun tidaklah sedahsyat seperti dialami segelintir orang. “Dulu tu pernah lah, masa duduk di kawasan perumahan teres sebelum ini. Memang ada macam-macam ragam sebenarnya. “Tapi yang dasyat tu tidak lah, tapi macam gangguan bunyi tu pernahlah,” katanya seperti dipetik Media Hiburan.
Justeru, Lan menasihati semua pihak perlu mengamalkan sikap toleransi dan langkah terbaik untuk menangani masalah tersebut adalah dengan cuba berbincang secara baik. “Sebenarnya saya ni jenis seorang yang malas nak ambil tahu sangat, maksudnya malas nak bising atau kecoh untuk jadikan benda itu sebagai satu masalah. “Kita ni hidup berjiran kena ada toleransi selalu sebab kita tak tahu hari nanti macam mana. “Mana tahu kalau kita tengah dalam kesusahan, tiba-tiba jiran yang kita marah tu lah akan bantu kita balik. “Jadi, saya akan cuba bertoleransi dengan jiran dengan cara berbincang. Inisiatif yang terbaik adalah dengan melalui perbincangan,” katanya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
AshkieLa: tak buat mengumpat jiran kat socmed live pulak ke?
AshkieLa replied at 23-6-2022 07:43 AM
tak buat mengumpat jiran kat socmed live pulak ke?
ADVERTISEMENT