CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerap Kongsi Gambar Bertudung, Mona Allen Tak Tahu Nak Komen Apa

23-6-2022 09:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3354| Komen: 29|Original author: Tatod

Description: Sejak Mei lalu sehingga ke hari ini, netizen menyedari penampilan pelakon Mona Allen kini sudah baharu. Perkongsian gambar-gambarnya yang berhijab menarik perhatian peminat yang rata-rata memuji imej ...

Sejak Mei lalu sehingga ke hari ini, netizen menyedari penampilan pelakon Mona Allen kini sudah baharu. Perkongsian gambar-gambarnya yang berhijab menarik perhatian peminat yang rata-rata memuji imej baharunya itu.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen bagaimanapun enggan membuat apa-apa kenyataan mengenai perkara itu. Dia memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai penampilan dirinya.

Tambahnya lagi, dia sedang memperbaiki diri sebagai salah satu persiapan dirinya yang tidak lama lagi bergelar ibu. 



"Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu... itulah.

"Terpulanglah pada netizen nak tafsir sebab tak nak salah faham. Nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti lain pula.

"Apa-apapun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik," katanya kepada mStar.


Peminat turut mendoakan dan berharap pelakon wanita yang berusia 37 tahun itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya serta menutup aurat dengan sempurna.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, kata Mona, dia dijangkakan bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan. 

Menurut isteri kepada Pekin Ibrahim itu, dia juga bersyukur kerana menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

"Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan. Insya-Allah, saya dijangka bakal bersalin September nanti. Sekarang, saya masih di Johor menemani suami shooting.


"Nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan bayi. Tapi, alhamdulillah saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam," ujarnya.

Terdahulu, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 23-6-2022 10:11 AM
lantak pi lah orang tu nak pakai tudung ke tak nak ke. Satgi tudung terbang mula semua nak mengecam
Quote Mary_jane 23-6-2022 10:42 AM
Mana tak nya bila kepala togel balik, habis dikecam nya orang tu. Tapi netz ni ada alzheimer, tengok macam ungka & timoh. Helok je diterima sekelian alam.
Quote pembacagosip 23-6-2022 11:06 AM
cantik dia ni. pekin sama naik badan ngn bini
Quote auntyonion 23-6-2022 11:08 AM
Freehair cantik bertutup pn cantik
Quote MakareyumSuciey 23-6-2022 11:12 AM
Suka tgk lakonan sheols especially watak2 antagonis. Go Mona...????
Quote MakareyumSuciey 23-6-2022 11:13 AM
Suka tgk lakonan sheols..especially watak antagonis!
Quote cruz2 23-6-2022 11:16 AM
Cahaya mata sulung???
Quote hanihan16 23-6-2022 11:17 AM
dia ni org yang sama dgn iklan celcom awak nampak biru tu kan? sama jugak dgn iklan ponds table for two dgn zizan nin?
Quote elzy 23-6-2022 12:07 PM
Cantik MA..
Quote mamajawie 23-6-2022 01:59 PM
siyes la cahaya mata sulung?bukan dia ni makjan ke dulu?
Quote dejure 23-6-2022 02:05 PM
mamajawie replied at 23-6-2022 01:59 PM
siyes la cahaya mata sulung?bukan dia ni makjan ke dulu?

Dia bukan mak jan tp ibu yg tak bersuami..anak tak sah taraf.
Quote silampumeja 23-6-2022 02:12 PM
dejure replied at 23-6-2022 06:05 AM
Dia bukan mak jan tp ibu yg tak bersuami..anak tak sah taraf.

siyes r.....
Quote mamajawie 23-6-2022 02:50 PM
dejure replied at 23-6-2022 02:05 PM
Dia bukan mak jan tp ibu yg tak bersuami..anak tak sah taraf.

oh, i see..penah baca kat benang mana tah lagipun anak dia tah2 da besar skang ni ea..

Quote Aneem 23-6-2022 03:06 PM
Takyah komen apa2. Esok lusa senang kalau nak free hair semula.
Quote hana.ahmad 23-6-2022 03:27 PM
Aneem replied at 23-6-2022 03:06 PM
Takyah komen apa2. Esok lusa senang kalau nak free hair semula.

aahla..tgk baru2 nie dh free hair semula..doa yg baik je utk dia..
Quote lasagna 23-6-2022 03:46 PM
ok ok selepas penantian yg lama, finally preggie dgn pekin.. alhamdulillah
Quote lasagna 23-6-2022 03:48 PM
hanihan16 replied at 23-6-2022 11:17 AM
dia ni org yang sama dgn iklan celcom awak nampak biru tu kan? sama jugak dgn iklan ponds table for  ...

iyo diknon.. sheol fofuler time tu, awex you looks blue viral dolu2 tau.
Quote makadek 23-6-2022 03:49 PM
Dia ni mix ke cntik kulit
Quote lasagna 23-6-2022 04:15 PM
dejure replied at 23-6-2022 02:05 PM
Dia bukan mak jan tp ibu yg tak bersuami..anak tak sah taraf.

ada dulu juga kata sheol kawen dgn iranian dpt anak.. btui kaa cite ni?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060209 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top