Baru-baru ini, nama usahawan popular, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan hangat berikutan isu menampar punggung yang turut melibatkan beberapa rakan usahawan lain.
Susulan daripada itu, Vida telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang merasakan tindakkannya itu seperti agak keterlaluan dan tidak senonoh. Malah, ada juga segelintir pihak yang berasa kasihan dengan anak-anaknya kerana memiliki ibu seperti Vida. Kenyataan tersebut mendapat respon balas daripada anak perempuan Vida yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Cik B.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia sedikit pun tidak berasa malu sebaliknya, dia bertuah kerana dikurniakan ibu yang sangat hebat dan berkerja keras. Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama, seorang wanita yang hebat,kuat dan bijak, awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia OHHHH OR CUZ YOU JEALOUS SAYA ADA IBU SEPERTI MAMA?? “Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak. “Awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia. “Oh atau awak sebenarnya cemburu saya ada ibu seperti mama?,” tulisnya.
|
tokchik: Aku sampai la ni tertanya2Ngpa Bida panggil anak nya cik bYg seorang lgi dipnggill ya kacakAdakah B tu bermaksud buruk?
ADVERTISEMENT