CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Budak 4 Tahun Mangsa Dadah Lega Anak Dah Sedar, Boleh Makan

22-6-2022 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1403| Komen: 8

Ibu kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menjadi mangsa dadah kini boleh menarik nafas lega apabila anaknya itu sudah sedarkan diri dan mampu bernafas tanpa bantuan mesin.


Rohaya Hasan, 36, berkata, pada pagi Rabu anaknya sudah kembali normal dan boleh menggerakkan keseluruhan anggota badan.

"Alhamdulillah anak sudah kembali ceria dan boleh makan seperti biasa.


Foto: Harian Metro

"Dalam masa terdekat, saya diberitahu anak akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk meneruskan rawatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan, Datin Suzana Yashin.


Muhamad Zaki mewakili Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mengurniakan sumbangan kepada Rohaya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Rabu.

Rohaya berkata, pertukaran tempat rawatan akan memudahkan urusan penjagaan anaknya kerana lokasi itu berdekatan dengan rumah.


Rohaya (kiri)
Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, kurniaan itu merupakan tanda simpati Raja Perempuan Tengku Anis terhadap Rohaya dan anaknya.

"Kurniaan sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga Rohaya," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 22-6-2022 04:33 PM
alhamdulillah

lepas ni berambus jauh2 dari addict

menyusahkan hidup org
Quote Buritan 22-6-2022 04:43 PM
saviour_09 replied at 22-6-2022 04:33 PM
alhamdulillah

lepas ni berambus jauh2 dari addict

Alhmdlh.  Aku yg tak beerkaitan pun rasa happy.. lopes ni taik dadah jgn bg dekat wpun say hi jahhh..
Quote supernaturalee 22-6-2022 04:50 PM
alhamdulillah
moga his brain x damage la


so, what's gonna happen to uncle die

Quote MeMeimei 22-6-2022 04:53 PM
Bagus lah bole pindah g HSIP, dekat sikit dgn rumah dia. HSIP pun bgs
Quote asfaz 22-6-2022 05:11 PM
Alhamdulillah. Mak budak ni pun sakit kan? Canser tak salah baca tadi.
Quote sharlenetexas 22-6-2022 05:13 PM
Pak sedara tak guna dah masuk ke dalam belum?


Quote anony-mous 22-6-2022 06:29 PM
Klau mak dia meninggal sbb kanser tu mcm mana la nasib budak ni?
Quote saviour_09 23-6-2022 08:44 AM
Buritan replied at 22-6-2022 04:43 PM
Alhmdlh.  Aku yg tak beerkaitan pun rasa happy.. lopes ni taik dadah jgn bg dekat wpun say hi jahh ...

no tq

the will never learn

kita yg jadi susah nnt

iols deal dgn diorang every effing days dolu2

muka tu je la berulang hari2


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034919 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top