Grab Malaysia menawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk rakan kongsi pemandu (driver-partners) baharu bagi syarikat itu.
Skim yang bermula pada 1 Jun akan diteruskan sehingga 31 Julai 2022. Pemandu baharu dikehendaki memenuhi bilangan perjalanan minimum untuk layak mendapat bonus sehingga RM1,000 sebagai tambahan kepada subsidi sedia ada yang akan membantu mengurangkan kos keperluan kawal selia e-hailing. Grab berkata, ia berharap inisiatif itu akan menarik rakan kongsi pemandu baharu untuk memenuhi permintaan pasca wabak.
"Sehingga pertengahan Mei tahun ini, bilangan rakan kongsi pemandu di platform kami masih kurang daripada 70 peratus daripada pra-pandemik," ujar Rashid Shukor, pengarah operasi dan mobiliti negara Grab Malaysia. Pemandu baharu dikehendaki membelanjakan sehingga RM500 untuk memenuhi keperluan kawal selia yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan bagi memperoleh lesen PSV, yang membolehkan mereka layak memandu sebarang jenis kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang berbayar. Mereka juga perlu menghadiri latihan selama enam jam, lulus pemeriksaan kenderaan dan membeli insurans. Bulan lalu, sebilangan pengguna membuat luahan di media sosial mengenai penyedia e-hailing mengenakan bayaran yang lebih tinggi walaupun untuk perjalanan pendek. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lonjakan tambang e-hailing adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan pemandu. “Daripada perbincangan, jelas terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kenaikan tambang e-hailing ini; ketidakseimbangan bekalan-dan-permintaan dan kesesakan trafik yang tinggi membawa kepada masa perjalanan yang lebih lama,” kata Dr Wee dalam laporan selepas pertemuan dengan pengendali e-hailing. Grab Malaysia dalam satu kenyataan pada 24 Mei berkata "model harga dinamik" disediakan untuk memastikan rakan kongsi pemandu diberi pampasan yang adil untuk masa dan usaha mereka di samping memastikan penumpang akan dijemput. "Apabila lebih ramai orang menempah perjalanan daripada bilangan pemandu yang ada di sesuatu kawasan, tambang akan 'meningkat' atau naik untuk menggalakkan lebih ramai pemandu menuju ke tempat penumpang berada," kata syarikat itu. -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?
kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...
Adrif: ape lagi yang boleh guna selain Grab?kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak kereta sendiri pegi hospital. takde parkingtapi tu la, ...
MistrezHermanaz replied at 22-6-2022 03:46 PM
tula dulu ada pesaing, uber..now dia je..ada few friend apply nk jd grab driver, x lepas2 pun appl ...
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?
kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?
kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...
kakigojes replied at 24-9-2022 03:43 PM
U keje apa kat hospital? And hospital mana
Adrif replied at 22-6-2022 02:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?
kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...
ADVERTISEMENT