CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 19

Atasi Kekurangan Pemandu, Grab Tawar Bonus Sehingga RM1,000

[Copy link]
Post time 22-6-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Grab Malaysia menawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk rakan kongsi pemandu (driver-partners) baharu bagi syarikat itu.


Skim yang bermula pada 1 Jun akan diteruskan sehingga 31 Julai 2022.


Pemandu baharu dikehendaki memenuhi bilangan perjalanan minimum untuk layak mendapat bonus sehingga RM1,000 sebagai tambahan kepada subsidi sedia ada yang akan membantu mengurangkan kos keperluan kawal selia e-hailing.


Foto: The Star




Grab berkata, ia berharap inisiatif itu akan menarik rakan kongsi pemandu baharu untuk memenuhi permintaan pasca wabak.


"Sehingga pertengahan Mei tahun ini, bilangan rakan kongsi pemandu di platform kami masih kurang daripada 70 peratus daripada pra-pandemik," ujar Rashid Shukor, pengarah operasi dan mobiliti negara Grab Malaysia.


Pemandu baharu dikehendaki membelanjakan sehingga RM500 untuk memenuhi keperluan kawal selia yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan bagi memperoleh lesen PSV, yang membolehkan mereka layak memandu sebarang jenis kenderaan yang digunakan untuk mengangkut penumpang berbayar.


Mereka juga perlu menghadiri latihan selama enam jam, lulus pemeriksaan kenderaan dan membeli insurans.


Bulan lalu, sebilangan pengguna membuat luahan di media sosial mengenai penyedia e-hailing mengenakan bayaran yang lebih tinggi walaupun untuk perjalanan pendek.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata lonjakan tambang e-hailing adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan pemandu.


“Daripada perbincangan, jelas terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kenaikan tambang e-hailing ini; ketidakseimbangan bekalan-dan-permintaan dan kesesakan trafik yang tinggi membawa kepada masa perjalanan yang lebih lama,” kata Dr Wee dalam laporan selepas pertemuan dengan pengendali e-hailing.


Grab Malaysia dalam satu kenyataan pada 24 Mei berkata "model harga dinamik" disediakan untuk memastikan rakan kongsi pemandu diberi pampasan yang adil untuk masa dan usaha mereka di samping memastikan penumpang akan dijemput.


"Apabila lebih ramai orang menempah perjalanan daripada bilangan pemandu yang ada di sesuatu kawasan, tambang akan 'meningkat' atau naik untuk menggalakkan lebih ramai pemandu menuju ke tempat penumpang berada," kata syarikat itu. -CARI


Sumber: mStar/ The Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 03:03 PM | Show all posts
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak kereta sendiri pegi hospital. takde parking

tapi tu la, kadang2 risau jugak kalau Grab ni sorang monopoly. takut jadi exploitasi harga tambang. at least kalau ada persaingan, ada la check and balance diorang. ye dak

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:46 PM | Show all posts
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...

tula dulu ada pesaing, uber..now dia je..ada few friend apply nk jd grab driver, x lepas2 pun application
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:56 PM | Show all posts
Ada je.. sekarang yang aktif dan famous indriver, gojo dan airasia..

Adrif: ape lagi yang boleh guna selain Grab?kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak kereta sendiri pegi hospital. takde parkingtapi tu la,  ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 04:28 PM | Show all posts
Air Asia ride pun ada.. hmm lagi sesak le kat jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 22-6-2022 03:46 PM
tula dulu ada pesaing, uber..now dia je..ada few friend apply nk jd grab driver, x lepas2 pun appl ...

Tak lepas apa punca? Psv dah lulus?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 11:53 PM | Show all posts
padan muka grab!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman2 uber bersaing dgn grab, iols dgn kawan2 opis guna dorang g lunch kt klcc dan pavillion free je sbb byk promo code boleh digunakan. Skrg nk jumpa satu promo code bkn main susah. Masa tu pelbagai jenis kete ada sbb ramai wat secara sambilan sbb nk isi masa lapang atau nk cari awek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...

Indriver sis.. boleh pilih driver yang offer price yang kita nak.. boleh letak more than 1 destinasi in case nak singgah kedai otw balik rumah, singgah taska hantar anak sebelum pi pasar, dan sebagainya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa mendarat kat jeti kuala kedah dari langkawi aritu susah gile nak dapat grab ni. Nak ke alor setar mula2 harga rm16, pastu naik rm26, pastu naik rm30, ada yang nak rm40.. takde grab pon accept request iols. Tunggu dalam 20 minit gitu baru dapat grab dengan harga asal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:37 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 23-6-2022 09:49 AM

jadi driver grab ni menyusahkan.
tak padan dengan income yang ciput,
kereta pulak jahanam kena lanyak.

sapa yang berminat, mai hadam dulu semua rules jpj & apad

1. kena ada lesen psv, kena pegi training. kena renew tiap tahun.
2. kena buat medical check up di klinik setiap tahun utk syarat renew psv.
3. complete 2 di atas, baru boleh apply evp permit di grab, kena renew tiap tahun.

4. kalau nak renew roadtax, WAJIB kena complete semua 3 perkara di atas.
5. roadtax hanya boleh renew di jpj saja, max. 6 bulan, tak dapat setahun.
6. insurans kena bayar extra tiap tahun, add on e-hailing.

7. umur kereta lebih 3 tahun, kena cek puspakom tiap tahun.
8. kat puspakom ni banyak kantoi tinted cermin, jadi ikut rules tinted ni betul2.

9. kena bayar socso tiap tahun, wajib. kalau tak kena saman.

10. grab dah tarik balik semua bonus & insentif yang driver lama dulu dapat.
11. fare rate grab mahal, tapi komisyen driver tetap ciput.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:42 AM | Show all posts
haritu tunggu grab dekat sejam tak sampai

sampai semua ehailing apps aku install pun, satu tak lekat

last-last aku tempah Dego je, naik moto. boleh jugak peluk abam moto tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:03 AM | Show all posts
tambang Grab mahal sekarang ni...kadang kadang susah nak dapat Grab..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:21 AM | Show all posts
Mg lepas dari ofis nk pi KLCC cuba guna grab RM14 ye....biasa RM9 je. Last2 naik teksi kene RM7.50 je
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:50 AM | Show all posts
kena add balik nombor2 teksi or prebet sapu dalam fav list.. boikot grab.. yeay
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobobon at 24-9-2022 03:17 PM

Yg lain selain dari grab susah nak dapat..tunggu sampai besok pagi pun xde driver nak ambik

Grab pulak kalau book jer mesti ada drive...x sampai seminit...tapi tulah tambang mahal gilaa...contoh app lain dari ampang ke klcc 10 hengget jer..tapi grab caj 20 hengget

Kalau nak cepat terpaksa guna grab..kalau x...guna app lain..bersyukurlah kalau ada driver nak accept

Meols pernah try nak guna app lain sebb murah dr klcc ke ampang..hampeh xde sapa nak ambik..



Sekali pakai grab zuppp..5 saat jer dah ada driver pickup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...

U keje apa kat hospital? And hospital mana
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:45 PM | Show all posts
kakigojes replied at 24-9-2022 03:43 PM
U keje apa kat hospital? And hospital mana

bukan keja hospital, bawa mak checkupharitu baru operate
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-6-2022 02:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...

Ada mycar.. x sure new app dah relaunch ke belum..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 22-6-2022 03:03 PM
ape lagi yang boleh guna selain Grab?

kami ulang-alik hospital memang guna grab. gila woo bawak ker ...

ada indriver..tapi tak tahu ok ke tak sbb tak pernah guna servis dorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.393901 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list