UTTAR PRADESH: Seorang kanak-kanak lelaki di sini pernah mengalami patah 100 tulang sejak dia dilahirkan berikutan menderita penyakit tulang rapuh yang serius.
Lapor Daily Mail, Rohit yang berusia 12 tahun mendapat jolokan ‘tulang kaca’ daripada penduduk setempat kerana masalah yang dihadapinya. Tahap kerapuhan tulang Rohit amat kritikal sehinggakan tulangnya boleh patah jika tersalah sentuh. Keadaannya itu menyebabkan Rohit tidak dapat menikmati kehidupannya seperti kanak-kanak lain, malah tumbesarannya juga terbantut iaitu mempunyai berat 15 kilogram dan setinggi 43 sentimeter.
Rohit tidak mampu melakukan aktiviti hariannya tanpa bantuan ibunya. Sejak dilahirkan, Rohit pernah patah 100 tulang dengan purata lapan tulang patah setiap tahun. Keadaan fizikal Rohit tidak membolehkannya menghadiri sekolah, menyebabkan kakaknya mengajar dia membaca serta mengira di rumah, selain perlu menanggung kesakitan setiap hari. Biarpun fizikalnya tidak sempurna, Rohit bercita-cita untuk menjadi penyanyi apabila dewasa kelak. Sehingga kini, tiada ubatan khusus untuk merawat penyakit tulang rapuh selain meningkatkan perlindungan dan menguatkan tulang. -CARI Sumber: Utusan Online
|
hamida replied at 22-6-2022 04:45 AM
anak kawan kita pun mcm ni. tiada ubat. pantang tersentuh kuat sikit, samada retak @ patah. Gi sekol ...
dekmieDandy replied at 23-6-2022 09:44 AM
bila dah besar still sama ke.?
or tulang dia dah kuat sikit time besar
ADVERTISEMENT