CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Dah Rongak, Tapi Masih Kacak OK!

21-6-2022 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4045| Komen: 35

Gara-gara kejadian tidak disengajakan semasa di lokasi penggambaran, separuh gigi hadapan pelakon Datuk Aaron Aziz patah dan rongak.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron, 46, menunjukkan keadaan gigi hadapannya yang patah akibat kejadian yang berlaku membabitkan seorang pelakon lagak ngeri.


IG Aaron Aziz

“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon kena bersedia jika gigi patah,” katanya menerusi sebuah video.

Ujar pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, kemalangan kecil itu berlaku secara tidak sengaja melibatkan seorang pelakon lagak ngeri di lokasi penggambaran.


Walaupun kehilangan gigi, Aaron tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menganggap perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia lakonan.


IG Aaron Aziz

“Stuntman (pelakon lagak ngeri) tidak sengaja. Jadi tiada siapa hendak disalahkan. Saya saja mahu kongsi wajah buruk saya. Yang penting saya masih stylo (bergaya),” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon filem Ombak Rindu itu masih mendapat pujian peminatnya yang memujinya masih lagi kelihatan kacak walaupun dalam keadaan gigi rongak.



“Tetap kacak walaupun gigi patah,” puji seorang peminatnya.

“Tak mengapa bang. Tetap nampak kacak dan jambu,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Menerusi sebuah hantaran terkini, difahamkan Aaron telah pun membaiki semula giginya yang patah selepas mendapatkan khidmat daripada seorang doktor gigi di Setia Alam.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 21-6-2022 10:20 PM
muka mcm sotong kembang pun org kata kacak & jambu?
Quote KBW2 21-6-2022 10:37 PM
holothurian replied at 21-6-2022 10:20 PM
muka mcm sotong kembang pun org kata kacak & jambu?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Quote adelea 21-6-2022 10:38 PM
Tu boleh buat crown …
Quote pittjie 21-6-2022 10:38 PM
Tak pernah rasa dia hensem. Sekian. Wassalamu.
Quote hyie 21-6-2022 11:17 PM
pittjie replied at 21-6-2022 10:38 PM
Tak pernah rasa dia hensem. Sekian. Wassalamu.

oklah untuk kategori daddy2 40an chuols. Masa heshe bertlakon Pisau Cukur dengan mekjura, heshe nampak tasty yach. Zaman emil emilda sangat!
Quote dua_chzy 21-6-2022 11:20 PM
hyie replied at 21-6-2022 03:17 PM
oklah untuk kategori daddy2 40an chuols. Masa heshe bertlakon Pisau Cukur dengan mekjura, heshe na ...

Memang hensem pun daddy Aaron ni. Sorang lagik bakalan daddy2 hensem sampai ke tua ialah Fattah Amin.
Quote woven11 21-6-2022 11:24 PM
Sayang gigi ori. Tak pe daddy Aaron.. gigi patah boleh buat crown. Macam khai bahar dulu rongak buat crown jgk..
Quote Joysparta 21-6-2022 11:38 PM
Kacak..ke...ewwwww..x selera i...
Quote cm_vungtau 21-6-2022 11:40 PM
TMI bro. Takyah la tayang gigi ko tu. tak hingin tengok.
Quote akuHavocczz 22-6-2022 12:44 AM
Keluar statement macam reti berlakon sangat
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 01:19 AM
heol hanya hensem di zaman heol cameo di PCK yachhhh
Quote ashilalat 22-6-2022 02:20 AM
Zaman dia pakai spenda posing tepi kolam dgn zaman emil emilda, aku rasa dia ni hensem betol. Suka tengok walaupon lontaran dialog monotonus seperti samsul yusop dan patah kayu.

Tp menginjak ke usia skrg ni, badan pon dah jd esbok besar gabak, terus rasa x ensem dah.
Quote she 22-6-2022 03:09 AM
Makan ais batu ke
Gigi depan kalau rapuh gitu
Potensi DA

Sekian spekuan negatif kuasa dua macik
Quote she 22-6-2022 03:10 AM
ashilalat replied at 22-6-2022 02:20 AM
Zaman dia pakai spenda posing tepi kolam dgn zaman emil emilda, aku rasa dia ni hensem betol. Suka t ...

Depa semua ada pertalian darah nakkk
Usop Selam je bercakap dah bunyi gumana
Sol sol sollll
Quote inspektoremos21 22-6-2022 04:36 AM
Sikit hari lagi kekrul azreen pulak patah riuk segala tulang. Dia mesti nak jadi yg terpaling kann..
Quote Cokoro 22-6-2022 06:36 AM
Takpe byk duit boleh baiki
Quote wirazam 22-6-2022 06:42 AM
she replied at 22-6-2022 03:09 AM
Makan ais batu ke
Gigi depan kalau rapuh gitu
Potensi DA

DA Tu apa sis
Quote olezzeli17 22-6-2022 08:53 AM
holothurian replied at 21-6-2022 10:20 PM
muka mcm sotong kembang pun org kata kacak & jambu?

Batal niat nk buat sambal sotong. Kang tak pasal-pasal terbayang2 muka dia.
Quote Burong_Hantuk 22-6-2022 08:57 AM
Kat singapork susah nak jumpa lelaki melayu hensem...si aron dianggap hensom kat sana walaupun

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.140057 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top