View: 3416|Reply: 35
|
Aaron Aziz Dah Rongak, Tapi Masih Kacak OK!
[Copy link]
|
|
Gara-gara kejadian tidak disengajakan semasa di lokasi penggambaran, separuh gigi hadapan pelakon Datuk Aaron Aziz patah dan rongak.
Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron, 46, menunjukkan keadaan gigi hadapannya yang patah akibat kejadian yang berlaku membabitkan seorang pelakon lagak ngeri.
IG Aaron Aziz
“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon kena bersedia jika gigi patah,” katanya menerusi sebuah video.
Ujar pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, kemalangan kecil itu berlaku secara tidak sengaja melibatkan seorang pelakon lagak ngeri di lokasi penggambaran.
Walaupun kehilangan gigi, Aaron tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menganggap perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia lakonan.
IG Aaron Aziz
“Stuntman (pelakon lagak ngeri) tidak sengaja. Jadi tiada siapa hendak disalahkan. Saya saja mahu kongsi wajah buruk saya. Yang penting saya masih stylo (bergaya),” ujarnya.
Menjengah dalam ruangan komen, pelakon filem Ombak Rindu itu masih mendapat pujian peminatnya yang memujinya masih lagi kelihatan kacak walaupun dalam keadaan gigi rongak.
“Tetap kacak walaupun gigi patah,” puji seorang peminatnya.
“Tak mengapa bang. Tetap nampak kacak dan jambu,” komen seorang lagi pengguna Instagram.
Menerusi sebuah hantaran terkini, difahamkan Aaron telah pun membaiki semula giginya yang patah selepas mendapatkan khidmat daripada seorang doktor gigi di Setia Alam.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm sotong kembang pun org kata kacak & jambu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah rasa dia hensem. Sekian. Wassalamu. |
|
|
|
|
|
|
|
oklah untuk kategori daddy2 40an chuols. Masa heshe bertlakon Pisau Cukur dengan mekjura, heshe nampak tasty yach. Zaman emil emilda sangat!
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 21-6-2022 03:17 PM
oklah untuk kategori daddy2 40an chuols. Masa heshe bertlakon Pisau Cukur dengan mekjura, heshe na ...
Memang hensem pun daddy Aaron ni. Sorang lagik bakalan daddy2 hensem sampai ke tua ialah Fattah Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang gigi ori. Tak pe daddy Aaron.. gigi patah boleh buat crown. Macam khai bahar dulu rongak buat crown jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kacak..ke...ewwwww..x selera i... |
|
|
|
|
|
|
|
TMI bro. Takyah la tayang gigi ko tu. tak hingin tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar statement macam reti berlakon sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dia pakai spenda posing tepi kolam dgn zaman emil emilda, aku rasa dia ni hensem betol. Suka tengok walaupon lontaran dialog monotonus seperti samsul yusop dan patah kayu.
Tp menginjak ke usia skrg ni, badan pon dah jd esbok besar gabak, terus rasa x ensem dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan ais batu ke
Gigi depan kalau rapuh gitu
Potensi DA
Sekian spekuan negatif kuasa dua macik |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 22-6-2022 02:20 AM
Zaman dia pakai spenda posing tepi kolam dgn zaman emil emilda, aku rasa dia ni hensem betol. Suka t ...
Depa semua ada pertalian darah nakkk
Usop Selam je bercakap dah bunyi gumana
Sol sol sollll |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit hari lagi kekrul azreen pulak patah riuk segala tulang. Dia mesti nak jadi yg terpaling kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe byk duit boleh baiki |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 22-6-2022 03:09 AM
Makan ais batu ke
Gigi depan kalau rapuh gitu
Potensi DA
DA Tu apa sis |
|
|
|
|
|
|
|
Kat singapork susah nak jumpa lelaki melayu hensem...si aron dianggap hensom kat sana walaupun |
|
|
|
|
|
|
| |
|