Kita semua tahu bahawa kesalahan seperti mengubah suai kereta tanpa permit adalah kesalahan yang agak berat dan perkara itu tidak boleh dipandang ringan. Baru-baru ini ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang pemandu dengan segera mencabut "tinted" gelap di cermin keretanya sebaik sahaja nampak ada roadbloack di hadapan. Tambahan pula, pemandu kelihatan amat takut dengan situasi tersebut sehinggakan "tinted" yang dicabut itu menjadi koyak-rabak akibat mahu mencabut dengan segera. Melihat di komen pula, ramai yang terhibur dengan karenah pemandu itu dan ada juga yang tanya jika pihak JPJ perasan kesan "tinted" gelap di keretanya. - CARI |
ADVERTISEMENT