Seperti yang kita semua ketahui, drama Melur Untuk Firdaus kini menjadi fenomena di Malaysia dan Indonesia, namun drama berjudul Bisik-Bisik Gelora juga tak kurang hebatnya. Walau bagaimanapun, babak indah di awal tayangan drama semakin pudar apabila satu demi satu konflik mula timbul dalam hubungan watak utama drama ini iaitu Jad dan isterinya Arumi.
Perubahan ketara watak Jad Izzudin yang dilakonkan oleh Redza Rosli menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dengan watak itu. Mana tidaknya, dalam episod baru-baru ini, watak itu dilihat menengking isteri serta anaknya hanya kerana satu kesalahan kecil.
Semalam, Redza Rosli dilihat melakukan satu sesi live di akaun Instagram miliknya di mana dia telah berborak tentang wataknya dalam drama tersebut. Redza tampil untuk menerangkan berkenaan lakonannya sebagai watak Jad.
Menurut Redza, terlalu ramai netizen yang mengecam lakonannya sehingga ada yang DM untuk menghantar santau kepadanya padahal sikapnya dalam kehidupan sebenar jauh berbeza dengan watak itu. Jelas Redza, semua itu hanyalah lakonan semata-mata untuk menghidupkan watak serta jalan cerita supaya lebih menarik dan terkesan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap watak yang dibawa oleh Redza. Di samping itu, ramai juga yang bersetuju dengan lakonan Redza yang sangat mantap sehingga dirinya yang sebenar disalah tafsir dengan watak itu. -CARI
dah towards the end jalan citer ke laut...yg motif membodohkan watak utama jer
just nak bagi penonton ade rasa geram, marah, remuk, bengkek ape2 semualah...
RR ni kena stop dah amik watak stereotype baran2 mcm ni..
Makin mengarut okay drama ni towards the end. Banyak sangat negative vibes.
1) Berkali2 Fakri kacau2 Arumi sampai drugged her, takde plak dia nak lodged police report ke apa.
2) Anak dah umur 4 tahun, satu DNA test pun Jad tak conduct
3) Arumi tu kerja overseas bertahun2, hujung2 melukut di tepi gantang je siap jadi maid beruniform dok obey kat suami yang abusive macam tu. Makan pun style yindia, bini kena tunggu laki habis makan, dok berdiri je kat situ.
Pergh standard drama melayu sekarang kelaut dalam. Actually drama siam/lakorn banyak je guna plot yang sama tapi iouls x pernah jumpa lagi yg plot dia merapu meraban. Pastu dah 2 drama dah hero layan anak macam sampah, layak ke character camtu diletak sebagai main lead.. siap happy ending lagi. Rindu zaman drama Dahlia, Duri, Dunia Baru, Pak Pandir Modern
Taktik biasa nk naikkan rating.
Dok lah cerita org terpengaruh sgt dgn watak jahat smpi benci pelakon.
Abis kalau retis yang buat video burung nape xde yang terpengaruh nk bomohkan jg