Baru-baru ini, Emma telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Posting itu ditujukan khas kepada suami Emma sempena Hari Bapa kelmarin.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Shariq Gabriel yang telah menggigit tangan bapanya ketika bapanya sedang tidur. Bukan main lagi Shariq, gigit penuh semangat sehingga terbangun bapanya dari tidur.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen risau sekiranya perbuatan Shariq semakin menjadi-jadi dan akan membahayakan kanak-kanak lain.
Netizen juga mengambil peluang itu untuk menasihati Emma agar melarang anaknya dari mengigit orang lain kerana bimbang isu itu akan menjadi parah kelak.
Tidak salah sekiranya kita mendidik anak-anak supaya mereka tahu bahawa perbuatan itu salah dan menyebabkan orang lain tidak selesa. -CARI