Biasanya, bagi setiap kenderaan baru wajib dipandu uji untuk melihat jika ada sebarang isu sebelum dijual kepada pengguna. Baru-baru ini, ada video tular yang melihatkan seorang individu memandu kenderaan yang dikatakan sedang menguji bahagian-bahagian dipasang dikenderaan itu. Difahamkan, kenderaan berat yang sedang dipandu uji di jalan raya itu mendapat perhatian ramai netizen. Menjengah di komen, ramai yang kagum dan tidak pernah melihat kenderaan berat dipandu dengan rangka kenderaan sahaja. - CARI |
ADVERTISEMENT