Baru-baru ini, tular di Facebook sebuah hantaran video oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaparkan tindakan vandalisme seorang remaja lelaki.
Menerusi video rakaman CCTV tersebut, kelihatan remaja berkenaan sengaja menekan butang berhenti pada sebuah eskalator di sebuah Stesen LRT di Sri Rampai. Difahamkan, pihak DBKL baru sahaja membaiki eskalator itu selepas perkhidmatannya tergendala, namun dirosakkan semula selepas tindakan vandalisme remaja berkenaan. Menurut pihak DBKL, butang kecemasan pada eskalator hanya digunakan pada saat-saat kecemasan dan jika disalahgunakan, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan remaja itu yang disifatkan menyusahkan dan mempersoalkan mengapa wajahnya dikaburkan dalam rakaman CCTV tersebut. Sumber: BeautifulNara
|
mojarean_X replied at 20-6-2022 06:34 PM
Iols pun dulu masa kecik teringin sgt nk tekan butang tu juga
mojarean_X replied at 20-6-2022 06:34 PM
Iols pun dulu masa kecik teringin sgt nk tekan butang tu juga
salimrock replied at 20-6-2022 07:02 PM
aku pn, tapi cita2 tercapai...haha
jgn salah sangka akubukan vandal
ADVERTISEMENT