Setiap manusia ada hobi tersendiri dan biasanya kita lakukan hobi itu untuk mengisi masa lapang, ada yang suka melihat video kelakar, ada yang suka membaca dan ada juga yang suka bermain bola sepak. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang wanita yang memakai helmet sedang memotong kasut bola suami di tepi padang depan hadapan kawan-kawan suaminya. Difahamkan, wanita itu marah dengan suaminya sehingga membawa parang ke tepi padang dan terus memotong kasut depan kawan-kawan suaminya yang sedang main bola sepak di kawasan tersebut. Menjengah di komen, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu kerana memalukan suami di khalayak ramai. -CARI |
ADVERTISEMENT