CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Walau Tak Ada A, Yang Penting Dapat Laki,"-Mak Setuju Anak Kahwin Muda, Ada Ijazah Pun Ke Ceruk Dapur Juga

20-6-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7759| Komen: 130

Description: "Orang lain lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat laki (suami)."
"Orang lain lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat laki (suami)."

"Walaupun tak ada A (gred A), yang penting dapat laki."


Begitulah kata-kata seorang ibu tentang anaknya, Shakilla Miezam, 17, susulan keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Foto: Tiktok

Pada tahun ini, bagai jadi trend para pelajar bangga memuat naik video menunjukkan slip SPM dengan keputusan tidak memuaskan malah ada juga pelajar seolah-olah bangga mendapat gred gagal (gred G) untuk semua mata pelajaran diambil.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang merupakan anak jati Terengganu ini memperjelaskan kisah yang berlaku di sebalik video dimuat naik dengan kapsyen 'ada saya kisah' sehingga menjadi tular.


"Saya buat kapsyen macam tu lepas kena kecam upload video bertunang 11 Mac lalu.

"Sebenarnya saya ambil SPM tahun depan, bukan macam netizen sangka tu. Tapi saya sudah bertunang atas persetujuan kedua-dua belah famili. Rancangan asal, kami akan berkahwin tahun depan tapi masih belum ada tarikh ditetapkan.

"Keluarga belah tunang yang minta percepatkan ikatan sebab bimbang saya berubah hati. Maklumlah tunang pun dah umur 27 tahun sebab tu mereka risau kalau tak jadi," katanya yang mesra disapa Killa.



Berbeza dengan kebanyakan pelajar, Killa mempunyai alasan tersendiri kenapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas menamatkan sesi persekolahan dengan tunangnya, Nazirul.

Katanya, mengikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2023 dan dia sudah bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga.

Jelas Killa lagi, perkenalan singkat selama lapan bulan bukanlah satu alasan atau halangan untuk berkahwin jika jodohnya sudah tiba.



"Kami memang dah rancang nak kahwin tahun depan sebab tu mama cakap macam tu dalam video yang viral.

"Saya kenal dia masa ada shooting dekat Kuala Lumpur. Bakal suami jadi prop master masa tu. Lepas berkawan sejak November tahun lepas, dia terus ajak bertunang.

"Lepas keluar keputusan nanti saya tak pasti lagi nak sambung belajar atau tak tapi bakal suami ada suruh sambung. Cuma saya sendiri rancang nak ikut dia saja bekerja jadi assistant prop," jelas Killa.



Berikutan video yang dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 2 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Malah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu ini tidak terlepas daripada menerima kecaman sesetengah ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat olehnya.

Namun, gadis ini tetap mempunyai sebab kukuh walau menerima kecaman.

"Bagi saya tak ada masalah nak kahwin muda. Hidup sekarang pun saya cuma ada keluarga sendiri saja. Dekat sekolah pun ada dua orang saja kawan. Balik rumah memang luangkan masa dengan mama dan papa.

"Mama pun ada pesan nak kahwin muda ni dia tak kisah pun asalkan tahu galas tanggungjawab. Mama sendiri pun kahwin muda. Alhamdulillah bahagia saja sampai sekarang dah 17 tahun berkahwin. Dari hidup susah sampailah kami senang macam sekarang.

"Lagipun restu ibu bapa kita akan berikan keberkatan dan kebahagiaan hubungan kami. Bagi saya, kalau ada ke tak ada diploma atau ijazah mesti akan duduk dapur juga kan? Tapi kalau macam kes saya, bila dah kerja sama-sama nanti memang jarang duduk dapur," selorohnya.



Dalam pada itu, Killa menegaskan bahawa rezeki, jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada diri masing-masing.

Oleh itu, kita mestilah bersyukur dan tidak mempertikaikan rezeki dan jodoh awal orang lain yang diterima walaupun masih sedang belajar atau bersekolah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-6-2022 03:08 PM
Tengok dapur juga. Dapur t20 atau dapur berkecah?


Quote sharlenetexas 20-6-2022 03:09 PM
Kalau nak gembira atau nangis, boleh duk kat kerusi kat kitchen island atau mini bar.


Quote Nnoor2 20-6-2022 03:12 PM
Koram tepek video apa....akak x ds tiktok...lamhsung x boleh bukak ..

Gambo laki rambut panjang atas tu bakal suami dia ke apa
Quote Artemesiaa 20-6-2022 03:13 PM
Kalau dah minat nak kerja nak suruh sambung belajar mana maunya.  Jodoh dah datang awal terus je lah ramai je yang macam dia sejak zaman berzaman.
Quote prince_marhaen 20-6-2022 03:20 PM
sukahati ko lah dik.... feeling ye yakin jadi assnt prop master laki kau... hujung-hujung baru tahu kat location shooting nanti lagi ramai retis, bakal retis, extra, termasuk mua nyah yang lagi cantik drpd kau...(shooting apo dik? kau artis ke atau sekadar extra lalu lalang???) tapi elok lah kawin, bakal laki ko pun dah macam wajah 270 tahun dah... kau pun dah menggarit kan...
Quote hyie 20-6-2022 03:21 PM

Quote cikatilia 20-6-2022 03:21 PM
sejenis yg harap golongan ke ceruk dapur ni yg sambut kelahiran anak bagai. saya nak dr perempuan!!! gitu
celah mana ko nak dr perempuan kalau semua perempuan duduk ceruk dapor dek nonn..

and asal berlaki.. lantak la kan kena bedal ke apa asal tu laki dia
Quote ChildrenOfBodom 20-6-2022 03:25 PM
Kena laki mati ka cerai kaa, baru hg taw langit tu tinggi ka rendah...
Quote bakawali_04 20-6-2022 03:26 PM
Nnoor2 replied at 20-6-2022 03:12 PM
Koram tepek video apa....akak x ds tiktok...lamhsung x boleh bukak ..

Gambo laki rambut panjang ata ...

viral kat tiktok kan
annoying the max bila anak ai tunjuk
perghhh ko nak kawinkan anak
kawin kan aje la
awat nak cerita pasal A SPM
kalau sndri dgr
masyallah mengundang kejian aje dari ai
tergelak2 mengilai2 gitu si mak
kalau iya pun happy dpt menantu
perlu ke tahap macam tu
Quote Nnoor2 20-6-2022 03:29 PM
bakawali_04 replied at 20-6-2022 03:26 PM
viral kat tiktok kan
annoying the max bila anak ai tunjuk
perghhh ko nak kawinkan anak

Gambar budak tu pegang bunga dgn laki rambut panjang tu laki tu bakal suami dia ke...kuss semangat tengok rupa...
Quote bakawali_04 20-6-2022 03:32 PM
Nnoor2 replied at 20-6-2022 03:29 PM
Gambar budak tu pegang bunga dgn laki rambut panjang tu laki tu bakal suami dia ke...kuss semangat ...

rasanya la
mamat tu dah 27thn kan
kerja plak bidang seni
so boleh agaklah
sbb yg viral tu
just dgr suara mak dia
dengan muka si anak dlm kereta
mengilai tu tak menahan
Quote Nnoor2 20-6-2022 03:34 PM
bakawali_04 replied at 20-6-2022 03:32 PM
rasanya la
mamat tu dah 27thn kan
kerja plak bidang seni

....

Pilihla yg berjenis sikit
Quote Nnoor2 20-6-2022 03:34 PM
bakawali_04 replied at 20-6-2022 03:32 PM
rasanya la
mamat tu dah 27thn kan
kerja plak bidang seni

Xdpt dgr nampak hitam je semua sb x de tiktok..
Quote ifanonline 20-6-2022 03:35 PM
pilihan hidup masing2...jgn kecam dia
Quote makita 20-6-2022 03:37 PM
Pada pendapat meols, kalau dah birah tu..kwen je la. Ada suami matlamat idop plg tinggi. Dah dia pon mcm x nampak ciri2 nak sambung belajar. Kwen je la dari kene usung dgn laki2 sana sini. Tp hati kene cekal la bila org lain baya2 dia dah ke awan biru hidup bebas dgn gaji n dpt suami keje best.
Quote ezacbee 20-6-2022 03:38 PM
Skang mak2 pun kaki tiktok..
Quote bakawali_04 20-6-2022 03:42 PM
Nnoor2 replied at 20-6-2022 03:34 PM
....

Pilihla yg berjenis sikit

yang penting laku kan
yang penting berlaki
Quote bakawali_04 20-6-2022 03:44 PM
Nnoor2 replied at 20-6-2022 03:34 PM
Xdpt dgr nampak hitam je semua sb x de tiktok..

terpaksa juga ada akaun
skrg budak2 bnyk melepak sana
takut2 anak kita plak yg viral
so better lah checkup selalu
Quote Nnoor2 20-6-2022 03:45 PM
bakawali_04 replied at 20-6-2022 03:42 PM
yang penting laku kan
yang penting berlaki

Remaja ni ada 2 jenis...satu minat belajar..satu lagi x minat belajar tinggi2 ..nk kerja,  nk seronok..nk kawin nak berpakwe...@ bermakwe...

Yg minat belajar ni mmg x de pakwe makwe lagi masa sekolah...

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.206889 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top