Antara daya tarikan sesebuah karya bukan hanya pada paparan jalan cerita, namun salah satu kriteria yang menyumbang pada kejayaan drama mahu pun filem yang ditayangkan adalah keserasian sesama pelakon terutama antara tunjang utama naskhah berkenaan.
Keserasian antara pelakon, Scha Elinnea dan Hisyam Hamid menggalas tanggung jawab sebagai watak utama dalam drama bersiri Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat pujian penonton yang mengikuti rantaian drama tersebut.
Memetik laporan mStar, Hisyam yang memegang watak sebagai Farel mendedahkan dia sendiri meminta heroin gandingannya, Scha untuk memanggilnya dengan gelaran 'Baby' atau 'B' ketika berada di set penggambaran.
Aktor berusia 37 tahun itu turut menjelaskan, panggilan itu bertujuan untuk mewujudkan keserasian mereka yang melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri. Gelaran mesra itu bagaimanapun sama sekali tidak digunakan di luar waktu bekerja.
"Saya sendiri yang suruh Scha panggil B atau Baby ketika berada di set penggambaran sebab nak wujudkan keserasian supaya kalau penonton tengok, panggilan itu kedengaran 'natural'.
"Tapi, panggilan itu bukanlah sebab saya nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah... tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.
"Isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan itu," katanya kepada mStar.
Hisyam juga berkata babak aksi mesra dengan Scha yang dipaparkan dalam drama itu dianggap sebagai tidak keterlaluan. Sebagai pelakon, dia melakonkan setiap babak mengikut kesesuaiannya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Hmm.....bau ikan sungguh
Before ni heroin2 si Hisyam ni ada ke dia suruh panggil b..baby...babi...ehh...silap lak..
Kalau aku jadi wife dia mmg aku menggelabah teks dah ni...dgn si Ellinae ni bukan main menyeksi lagi
Baideway, pic sheols pakai baju pink tu awat teks sheol jatuh sampai pinggang???