Mahu menjadi diri sendiri. Demikian pengakuan Emma Maembong berhubung dakwaan dirinya semakin seksi selepas bergelar seorang ibu.
Dia sebaliknya meminta netizen mendoakan dia menjadi insan yang lebih baik. "Saya hanya pakai apa yang selesa. Ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri. "Saya tak kisahlah orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya hanya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.
"Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak," kata pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismal, 30, itu kepada mStar. Terdahulu, Emma mencuri tumpuan dan dihujani kecaman warganet kerana tampil bersinglet putih dan berseluar merah dengan rambut ditocang berwarna biru. Sungguh berbeza dengan penampilannya ketika berhijab suatu ketika dahulu yang nampak ayu dan sopan. Emma bagaimanapun enggan bergaduh dengan netizen dan mahu menumpukan pada kehidupan berkeluarga dengan tenang. "Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik. "Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun. Dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya. "Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak," ujarnya. Okeylah, Emma. Jadi saja diri sendiri dan abaikan saja kecaman dan komen negatif orang ramai. - CARI
|
makadek replied at 18-6-2022 06:08 PM
Biarla asal dia tak over cam arwah ceknon ng kak km jubo tu
Buritan replied at 18-6-2022 08:45 PM
Aku nak komen anak dia so chomelll...
makadek replied at 18-6-2022 08:50 PM
Mmg kalah jebat
Kuat gen mak
wirazam replied at 18-6-2022 09:03 PM
Warna rambut anaknya brunette ke?? Mcm cantik nampak..kulit pun cerah mmg sesuai
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:01 AM
Comeynya gabriel.. gabriel kan nama dia?
stingerbumpy replied at 19-6-2022 04:18 AM
Bila nak start membiak your own?
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:19 AM
Iols dah menopos..
stingerbumpy replied at 19-6-2022 04:21 AM
Kata kata iteww boleh jadi satu doa tau….terutama jika masih jauh lagi perjalanan….
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:56 AM
Ehh.. hang tau ka umo iols baper??? Awat jauh perjalanan? Perjalanan dah berubah haluan deyy..
stingerbumpy replied at 19-6-2022 05:28 AM
Tak perlu tahu….just a reminder….
AcikBuncit: Dia sbnrnye org xksh dh ko xpk ...
ADVERTISEMENT