Walaupun dah ada tiga anak kecil, Datuk Jamal Abdillah,63 masih belum puas hati. Katanya dia nak lagi dua anak dan mensasarkan lima orang anak bersama isterinya Zai Izzati Khiruddin, 27.
Namun Jamal mengakui bukan mudah nak uruskan Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang berusia dua bulan serentak. "Memang seksa, betapa susahnya isteri menjaga. Sudah tiga orang, saya bantulah tapi tak terbantu. Sewaktu nak susukan, tiga-tiganya menangis. Jadi isteri menyusukan badan, saya pula kena buat susu botol.
"Itupun nak lagi satu. Saya okey saja. Sasaran saya pun lima anak dengannya."
|
ADVERTISEMENT