Walaupun sudah berkali-kali terpalit dengan kontroversi, perkara tersebut tidak mematahkan semangat Datuk Seri Aliff Syukri untuk terus membuat kebaikan dan membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Baru-baru ini, dia memuat naik beberapa siri video dirinya memberi bantuan kepada individu yang memerlukan.
Namun terbaru, Aliff memuat naik video terbaru di akaun Tiktok miliknya menunjukkan situasi dia memarahi seorang pengikutnya.
Kemarahan itu tercetus selepas Aliff memuat naik video dirinya sedang menari bersama seorang gadis sebelum menerima komen yang mengaitkan nama ibunya.
Hal ini menyebabkan dia berasa sangat kecewa dan berkata individu itu tidak professional.
Oleh kerana video itu telah tular, ibu kepada Aiff iaitu Bonda Rozita telah tampil memberikan reaksi terhadap video itu. Menerusi posting baru di akaun Tiktok Bonda Rozita, pada mulanya Bonda terkedu melihat video kemarahan anaknya sebelum terhibur dengan cara Aliff menyebut perkataan 'professional'. Malah, Bonda juga kelihatan seperti mengusik anak lelakinya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh Bonda Rozita. - CARI