CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Kali Keguguran, Noor Nabila Reda

17-6-2022 02:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14230| Komen: 70|Original author: Tatod

Description: Baru-baru ini, netizen membuat spekulasi rumah tangga Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran sedang bergolak gara-gara wanita itu jarang memuat naik gambarnya bersama suami.

Baru-baru ini, netizen membuat spekulasi rumah tangga Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran sedang bergolak gara-gara wanita itu jarang memuat naik gambarnya bersama suami. 

Menafikan dakwaan itu, tiba-tiba timbul gosip mengenai dirinya yang sedang berbadan dua.

Memetik laporan Harian Metro, Nabila yang juga kakak kepada Noor Neelofa itu mendedahkan dia sudah tiga kali mengalami keguguran dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar dia dan suami dapat menimang cahaya mata.



"Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeni untuk menimang cahaya mata.

"Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden namun belum ada rezeki. Smeoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah.

"Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin besar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.

"Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana atas permintaan ramai juga. Jadi, saya memang bersedia sahaja dengan telefon setiap masa," katanya.


Terdahulu, Nabila dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac tahun lalu.

Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 tetapi bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, Engklu Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 14. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 17-6-2022 02:26 PM
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac tahun lalu.

"PERNAH"?.. salah tu...kang org salah paham...
Quote Cokoro 17-6-2022 02:26 PM
Smoga jebat cpt dpt adik
Quote lasagna 17-6-2022 02:29 PM
kira nanas lagi power dari Engku Emran yeharrrrrrr! *ehh tiberrrrrrr
Quote SherryZass 17-6-2022 02:37 PM
"Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana atas permintaan ramai juga. Jadi, saya memang bersedia sahaja dengan telefon setiap masa," katanya.

Bukan memang sejenis hp berjahit kat tangan ke sejak azali lagi?
Quote babelina 17-6-2022 02:37 PM
insyaAllah moga dpt zuriat nanti..
Quote minahmanja 17-6-2022 02:43 PM
Artis ke dia ni
Quote Masukkeluar 17-6-2022 02:48 PM
tp kt igs dia hrini dia membullshit kan sapa? holiday dgn kwn kwn..pegi mana mana EE xpernah ikut? sbijik pattern mcm bella indon dlu..minah tu kehulu kehilir sorg sorg tanpa EE..last last bercerai dgn EE.
Quote Aneem 17-6-2022 02:49 PM
SherryZass replied at 17-6-2022 02:37 PM
Bukan memang sejenis hp berjahit kat tangan ke sejak azali lagi?

Tu nak kata tu.
Ke dia bca forum?
Tu saja nak perli forumers sbb dok kata diorang sefamily jenis hp berjahit kat tangan.
Quote epal_putih 17-6-2022 02:49 PM
Siyan pulak knab
Quote maxim 17-6-2022 02:51 PM
Namasayaomel replied at 17-6-2022 02:26 PM
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga di sebuah masjid di ibu negara pada ...

haha dah mcm past tense lak
Quote natrahn 17-6-2022 02:53 PM
SherryZass: Bukan memang sejenis hp berjahit kat tangan ke sejak azali lagi?


Ya ampun
Quote SherryZass 17-6-2022 02:57 PM
Aneem replied at 17-6-2022 06:49 AM
Tu nak kata tu.
Ke dia bca forum?
Tu saja nak perli forumers sbb dok kata diorang sefamily jenis h ...

Yela kot tu. Gigih pula dia nak justify sebab hp berjahit kat tangan tu
Quote SpyLeman 17-6-2022 03:00 PM
Kalau baca statement dia kat page Rotikaya, mcm ada bau ikan jerrrr...dah nmpk simptom2
Quote pembacagosip 17-6-2022 03:06 PM
SherryZass replied at 17-6-2022 02:37 PM
Bukan memang sejenis hp berjahit kat tangan ke sejak azali lagi?

atas permintaan ramai ok
Quote SherryZass 17-6-2022 03:09 PM

Speechless ke chuolls
Quote ezacbee 17-6-2022 03:10 PM
Retis ke dorang ni?
Quote SherryZass 17-6-2022 03:12 PM

oppss.. marilah kita berbaik sangka di hari jumaat ini keszahnya ya.Ok aku purcaya, atas permintaan pemenat.
Quote fossil 17-6-2022 03:56 PM
tiba2 puji sharnaaz suka berborak dgn jayden sebab tu petah anaknya...bau ikan sungguh
Quote Masukkeluar 17-6-2022 04:00 PM
SpyLeman replied at 17-6-2022 03:00 PM
Kalau baca statement dia kat page Rotikaya, mcm ada bau ikan jerrrr...dah nmpk simptom2

cer tgk igs dia skrg..ssuatu sgt

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056791 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top