CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baca Yasin Setiap Hari, Tak Tinggal Solat Sunat- Rahsia Anak Tukang Rumah Dapat 11A SPM

16-6-2022 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2985| Komen: 30

Bergelar anak kepada seorang tukang rumah langsung tidak menjadi penghalang buat gadis ini meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.


Malah menurut Umi Aida Ismail, kegigihan bapa mencari rezeki menjadi pembakar semangat untuk dirinya berusaha lebih gigih demi membalas jasa dan pengorbanan orang tuanya.

Umi Aida yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat, Kelantan memperolehi semua A dalam 11 mata pelajaran yang diambil iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi, Kimia, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.


Foto: mStar Online


Umi Aida berkata, kejayaan memperoleh keputusan 11 A didedikasikan kepada ibu bapanya, Ismail Zakaria, 60, dan Hanifah Abdullah, 56, yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada dia untuk belajar dalam suasana pandemik Covid-19 lalu.

"Sebagai anak, saya ingin membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak berkorban," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, amalan membaca surah Yasin setiap hari selepas solat Subuh juga merupakan antara rahsia di sebalik kejayaannya.

Selain itu tambahnya, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa fokus semasa belajar dan mendengar arahan guru. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 16-6-2022 04:11 PM
Alhamdulillah
Tahniah Dik
Semoga lebih berjaya di masa depan
Quote mizruncing 16-6-2022 04:23 PM
congrats dikk. untung mak bapak kau dik. balas la jasa dorang sementara dorang masih ada ni. semoga lebih berjaya 1 hari nti
Quote ifanonline 16-6-2022 04:26 PM
tahniah, amalan dan teknik belajar yg baik dan berkesan
Quote tumpanglalu74 16-6-2022 04:27 PM
Datin Paduke tersenyum sinis..

@kakikuDibibirmu
Quote rosedemon 16-6-2022 05:08 PM
yeke dekkk. tahniah lee
Quote Artemesiaa 16-6-2022 06:39 PM
Rajin dan usaha pasti berjaya
Quote H0rr0rfan 16-6-2022 06:51 PM
Tahniah dek.
Quote dua_chzy 16-6-2022 07:22 PM
Selain itu tambah ya, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa fokus semasa belajar dan mendengar arahan guru.


Inilah rahsia kejayaan sebenar. Disiplin tinggi dek.
Quote Samerosie 16-6-2022 07:33 PM
Tahniah dek.  Tapi nanti dah pergi sambung belajar di bandar besar jgn pula hilang tudung tu srmua ye.
Quote Suchi 16-6-2022 07:47 PM
Alhamdulillah semoga cerah masa depan dan jadi T20 nnt.

Dia dapat semua sokongan drpd ibubapa dan keluarga, dia plak budak yg rajin belajar dan fokus dlm kelas.
Quote syamzana 16-6-2022 07:54 PM
tahniah!!!
semoga kekal berdisplin dan berjaya
Quote 3chanceno 16-6-2022 08:00 PM
Tahniah..pandainya budak nie semuga menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat mu.
Quote tukul 16-6-2022 09:53 PM
dua_chzy replied at 16-6-2022 07:22 PM
Inilah rahsia kejayaan sebenar. Disiplin tinggi dek.

Disiplin kan cikgu...rajin terus belajar
Quote sharlenetexas 16-6-2022 09:56 PM
Tahniah dik.


Quote dua_chzy 16-6-2022 11:17 PM
Edited by dua_chzy at 16-6-2022 03:27 PM
tukul replied at 16-6-2022 01:53 PM
Disiplin kan cikgu...rajin terus belajar


Iya. Sebab budak ni tinggi disiplin, dia mampu beri fokus, buat latihan berulangkali, siapkan semua tugasan yang cikgu bagi dll. Sebab tu juga solat tak tinggal segala. Aiol ghasa budak ni bukan la lahir genius pun tapi dia gigih blaja dari kecik (sebab pelajar perempuan memang gitu). Pandai ka genius mana ka sekalipun tak ke mana jua jika takda disiplin dalam hidup. Tengok la rempit2 kat U. Masa blaja result sendu. Dah kerja pun tetap la sendu dengan attitude asal boleh jurrr. Artis pun boleh kiok karier jika takda disiplin. Contoh thorbaik si Fathia Latif tu.
Quote tobobon 16-6-2022 11:25 PM
salute kegigihan sheols...tapi..

meols rasa ni berita biasa jer dari dulu.. nothing impressive

mmg sejak dari dulu lagi memang ada berita pelajar perempuan cemerlang sangat spm/stpm ..almost every year setiap kali lepas result keluar. pasti ada berita mcm sheols ....mmg perempuan pelajar yg gigih yer
Quote Decaffeinated 16-6-2022 11:27 PM
Bukti pepatah people will believe what they want to believe!
Quote Lily_Elizabeth_ 17-6-2022 07:00 AM
Apa subjects dia amik?.
If pure science fizik chemist bio A+ mmg salud, if subject beshe beshe hmmm biasa je.

Quote mejaputih 17-6-2022 07:06 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 17-6-2022 07:00 AM
Apa subjects dia amik?.
If pure science fizik chemist bio A+ mmg salud, if subject beshe beshe hmmm  ...

Ada dlm artikel di atas. Mmg pute science fizik kimia biologi dan add maths..siap ada pengajian alquran dan sunnah lg

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.174598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top