View: 2262|Reply: 29
|
Baca Yasin Setiap Hari, Tak Tinggal Solat Sunat- Rahsia Anak Tukang Rumah Dapat 11A SPM
[Copy link]
|
|
Bergelar anak kepada seorang tukang rumah langsung tidak menjadi penghalang buat gadis ini meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Malah menurut Umi Aida Ismail, kegigihan bapa mencari rezeki menjadi pembakar semangat untuk dirinya berusaha lebih gigih demi membalas jasa dan pengorbanan orang tuanya.
Umi Aida yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat, Kelantan memperolehi semua A dalam 11 mata pelajaran yang diambil iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi, Kimia, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
 Foto: mStar Online
Umi Aida berkata, kejayaan memperoleh keputusan 11 A didedikasikan kepada ibu bapanya, Ismail Zakaria, 60, dan Hanifah Abdullah, 56, yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada dia untuk belajar dalam suasana pandemik Covid-19 lalu.
"Sebagai anak, saya ingin membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak berkorban," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, amalan membaca surah Yasin setiap hari selepas solat Subuh juga merupakan antara rahsia di sebalik kejayaannya.
Selain itu tambahnya, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa fokus semasa belajar dan mendengar arahan guru. - CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Tahniah Dik
Semoga lebih berjaya di masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
congrats dikk. untung mak bapak kau dik. balas la jasa dorang sementara dorang masih ada ni. semoga lebih berjaya 1 hari nti |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, amalan dan teknik belajar yg baik dan berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin dan usaha pasti berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu tambah ya, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa fokus semasa belajar dan mendengar arahan guru.
Inilah rahsia kejayaan sebenar. Disiplin tinggi dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dek. Tapi nanti dah pergi sambung belajar di bandar besar jgn pula hilang tudung tu srmua ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga cerah masa depan dan jadi T20 nnt.
Dia dapat semua sokongan drpd ibubapa dan keluarga, dia plak budak yg rajin belajar dan fokus dlm kelas. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah!!!
semoga kekal berdisplin dan berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..pandainya budak nie semuga menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat mu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 16-6-2022 07:22 PM
Inilah rahsia kejayaan sebenar. Disiplin tinggi dek.
Disiplin kan cikgu...rajin terus belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 16-6-2022 03:27 PM
tukul replied at 16-6-2022 01:53 PM
Disiplin kan cikgu...rajin terus belajar
Iya. Sebab budak ni tinggi disiplin, dia mampu beri fokus, buat latihan berulangkali, siapkan semua tugasan yang cikgu bagi dll. Sebab tu juga solat tak tinggal segala. Aiol ghasa budak ni bukan la lahir genius pun tapi dia gigih blaja dari kecik (sebab pelajar perempuan memang gitu). Pandai ka genius mana ka sekalipun tak ke mana jua jika takda disiplin dalam hidup. Tengok la rempit2 kat U. Masa blaja result sendu. Dah kerja pun tetap la sendu dengan attitude asal boleh jurrr. Artis pun boleh kiok karier jika takda disiplin. Contoh thorbaik si Fathia Latif tu. |
|
|
|
|
|
|
|
salute kegigihan sheols...tapi..
meols rasa ni berita biasa jer dari dulu.. nothing impressive
mmg sejak dari dulu lagi memang ada berita pelajar perempuan cemerlang sangat spm/stpm ..almost every year setiap kali lepas result keluar. pasti ada berita mcm sheols ....mmg perempuan pelajar yg gigih yer  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti pepatah people will believe what they want to believe!
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa subjects dia amik?.
If pure science fizik chemist bio A+ mmg salud, if subject beshe beshe hmmm biasa je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 17-6-2022 07:00 AM
Apa subjects dia amik?.
If pure science fizik chemist bio A+ mmg salud, if subject beshe beshe hmmm ...
Ada dlm artikel di atas. Mmg pute science fizik kimia biologi dan add maths..siap ada pengajian alquran dan sunnah lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|