“Dia memandu sendiri dan sampai di lokasi tepat pada waktunya. Kasihan untuk orang tua seperti Pak Hamid dilayan begitu."
Pelakon sensasi Rozita Che Wan, 49, atau Che Ta pernah terkilan apabila Allahyarham Hamid Gurkha dilayan petugas produksi sambil lewa. Che Ta mengimbau saat bekerjasama dengan pelawak tersohor itu suatu ketika dahulu. “Sebagai seorang yang menepati masa, saya berasa amat marah kerana mereka sepatutnya dah bersedia segala-galanya apabila call time (waktu penggambaran) bermula jam 7 pagi.
“Sedangkan Pak Hamid (panggilan untuk Hamid) datang naik motosikal dari jauh, dari Klang, untuk penggambaran di Gombak," ujarnya kepada Utusan Malaysia. Dalam masa sama, Che Ta memuji keperibadian Allahyarham yang tidak pernah merungut walaupun berdepan kerenah produksi yang tidak semenggah dan lewat ke lokasi. “Saya tengok arwah tenang saja. Dia sampai saja terus duduk, malah langsung tak merungut apa-apa pun. “Tapi kalau saya, tidak. Mungkin akan ada orang akan cakap saya seorang yang cerewet. Bagi saya, produksi boleh bagi bila-bila saja call time mereka mahukan. Jika beritahu call time jam 4.30 pagi pun saya boleh datang tepat masanya. “Saya akan datang dah siap mekap dan makan. Janji, bila saya datang, kru produksi semua dah bersedia nak mulakan penggambaran,” katanya. Pun begitu, Che Ta agak terkilan apabila tidak berkesempatan menziarahi Hamid kerana kekangan jadual kerja yang padat.
|
KamikuP replied at 16-6-2022 04:39 PM
Anak dia yg mana satu toceng kat bilik air tu? Kiri ke kanan?
ADVERTISEMENT