CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1322|Reply: 7

'Kalau Saya, Mesti Dah Bising' - Che Ta Terkilan Pak Hamid Pernah Dilayan Teruk Kru Produksi

[Copy link]
Post time 16-6-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode
“Dia memandu sendiri dan sampai di lokasi tepat pada waktunya. Kasihan untuk orang tua seperti Pak Hamid dilayan begitu."



Pelakon sensasi Rozita Che Wan, 49, atau Che Ta pernah terkilan apabila Allahyarham Hamid Gurkha dilayan petugas produksi sambil lewa.




Kredit foto: IG & Suara Merdeka




Che Ta mengimbau saat bekerjasama dengan pelawak tersohor itu suatu ketika dahulu.

“Sebagai seorang yang menepati masa, saya berasa amat marah kerana mereka sepatutnya dah bersedia segala-galanya apabila call time (waktu penggambaran) bermula jam 7 pagi.

“Sedangkan Pak Hamid (panggilan untuk Hamid) datang naik motosikal dari jauh, dari Klang, untuk penggambaran di Gombak," ujarnya kepada Utusan Malaysia.


Dalam masa sama, Che Ta memuji keperibadian Allahyarham yang tidak pernah merungut walaupun berdepan kerenah produksi yang tidak semenggah dan lewat ke lokasi.




Kredit foto: IG



“Saya tengok arwah tenang saja. Dia sampai saja terus duduk, malah langsung tak merungut apa-apa pun.

“Tapi kalau saya, tidak. Mungkin akan ada orang akan cakap saya seorang yang cerewet. Bagi saya, produksi boleh bagi bila-bila saja call time mereka mahukan. Jika beritahu call time jam 4.30 pagi pun saya boleh datang tepat masanya.

“Saya akan datang dah siap mekap dan makan. Janji, bila saya datang, kru produksi semua dah bersedia nak mulakan penggambaran,” katanya.


Pun begitu, Che Ta agak terkilan apabila tidak berkesempatan menziarahi Hamid kerana kekangan jadual kerja yang padat.




  


“Hujung bulan ni baru saya ada cuti. Dalam waktu 10 hari, hari ni (semalam) saja saya ada cuti, tapi digunakan untuk majlis meraikan hampir 10 tahun perkahwinan dengan suami.

“Majlis ni pula memang sudah lama dirancang,” katanya.


Memikirkan keadaan Allahyarham Pak Hamid seperti dicerita Che Ta, apalah perasaannya ketika itu, ya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 04:39 PM | Show all posts
Anak dia yg mana satu toceng kat bilik air tu? Kiri ke kanan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:15 PM | Show all posts
dgn org tua pun krew layan gitu...
kalau orang baru masuk industri lagi la khen...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia x terkilan masa arwah masih hidup? Orang dah takde baru lah sibuk nak terkilan bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:28 PM | Show all posts
dah mati baru nak sibuk cite terkilan itu ini. sok kau mati pun cenggitu la org buat kat kau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:26 PM | Show all posts
ah diam la ko..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah meninggal dah pun. Tak yah lah keluar cerita2 camni semata2 nak upkan diri sendiri. Dah 49 yo Che Ta....muka camtu keras jer tak ubah2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:18 PM | Show all posts
KamikuP replied at 16-6-2022 04:39 PM
Anak dia yg mana satu toceng kat bilik air tu? Kiri ke kanan?

cam best je....citer le skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042075 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list