Iskandar Puteri: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluahkan kekecewaan baginda terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang seolah-olah menganaktirikan negeri itu.
Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu amat dikesali sedangkan Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara. Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan digesa memberi peruntukan yang lebih banyak pada Johor berikutan setiap tahun, hampir RM13 bilion hasil Persekutuan dikutip di negeri ini. "Saya merasa amat sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
"Kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian cekap dan keadaan lebih selesa. "Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong. "Lihat juga keadaan jalan persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya. "Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara. Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor akan lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dun Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini. Sultan Ibrahim bertitah, sejak 2013 hingga 2018, Johor menduduki tempat pertama daripada jumlah pelaburan di Malaysia berikutan keadaan politik stabil pada ketika itu yang telah membawa banyak pelaburan ke Iskandar Malaysia dan Pengerang. Namun titah baginda, sejak 2019 hingga kini, nilai pelaburan di Johor semakin merosot. "Kenapa perkara ini terjadi, puncanya bukan kerana virus Covid-19 tetapi punca utama yang saya nampak adalah virus iri hati dan cemburu pada Johor. "Ada pelabur nak membangunkan ladang solar terbesar di Pengerang namun Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan dengan alasan tiada kuota. "Ada pelabur hendak membangunkan pusat tenaga dan pelabuhan laut dalam di perairan Muar namun ada pula 'monyet' yang melompat-lompat. Tidak mahu pembangunan dibuat sedangkan projek itu akan memberikan peluang pekerjaan yang lebih terjamin kepada penduduk tempatan," titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah, jika keadaan itu berterusan, maka jangan bermimpi untuk menarik pelaburan yang besar ke Johor. "Oleh itu, saya ingatkan kepada kerajaan negeri supaya buatkan perubahan berani demi kepentingan rakyat dan negeri ini. "Saya juga menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur seperti Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dan lebuh raya baharu kerana ia akan beri limpahan ekonomi kepada pembekal dan kontraktor tempatan selain buka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. "Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan negeri juga tidak akan lagi beri hak milik tanah kepada Kerajaan Persekutuan. Tetapi mana-mana projek Persekutuan di Johor akan diberi status tanah rizab untuk tujuan yang hendak digunakan," titah baginda. Dalam pada itu, Sultah Ibrahim bertitah supaya dasar dan polisi kerajaan juga mestilah konsisten dan tidak berubah-ubah mengikut acuan politik. "Saya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya jangan buat keputusan mengikut selera sendiri. Fikir kesan dan akibatnya kepada negeri-negeri. "Sebagai contoh, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pada asalnya kerajaan bersungguh-sungguh menggalakkan orang luar untuk datang dan melabur di sini. "Namun apabila pentadbiran kerajaan bertukar, segala dasar dan polisi pun turut berubah sesuka hati. Tindakan ini menyebabkan pembangunan hartanah di Johor terencat dan pelabur luar hilang keyakinan. "Pesanan saya kepada Kerajaan Persekutuan, jika tidak boleh membantu janganlah pula menyusahkan negeri," titah baginda. -CARI Sumber: Harian Metro
|
prizadane replied at 16-6-2022 06:14 AM
tapi aku rasa lebih bagus naik taraf PLUS highway dari behrang all the way to Ipoh jadi 6 lorong. Je ...
JunkMail replied at 16-6-2022 02:09 PM
Silakan...boleh pakai buku merah pergi Muar.
TabletSusu replied at 16-6-2022 02:34 PM
setuju sgt dgn ni.. tiap kali balik tepen aku merungut kat lakik aku.. bilalah PLUS ni nak tmbh la ...
tripleid replied at 16-6-2022 02:28 PM
Belagak betul soltan sorg ni..negeri ko maju pun sbb berkat bjiran dgn singapo..kalo tak sama je mis ...
harisbee replied at 16-6-2022 02:26 PM
Byk hasil ke johor nak keluar msia?
ADVERTISEMENT